twitter

Maafkan aku…hanya itu je yang mampu aku katakan utk kali ini…aku tau, aku bukan sorang yang baik tapi tak bermakna aku tak berusaha utk menjadi sorang yang baik…aku dah cuba yang terbaik…mungkin belum tiba masanyer utk aku jadi sorang yang baik kot…tak pe la…aku akan berusaha lagi…jangan berhenti utk menjadi baik…
Pada mereka yang ada menyimpan perasaan marah, benci & dendam pada aku, maafkan aku…tak pernah terniat dalam diri aku utk menimbulkan perasaan tu dalam diri sape2..jika ada yang berperasaan begitu pada aku, sekali lagi aku mintak maaf…aku dah tak tau nak cakap apa lagi…aku tak mampu nak halang sape2 utk memarahi, membenci & mendendami aku…masing2 punyer hati…aku cuma boleh berdoa pada Allah swt supaya menetapkan hati aku utk tak membalas apa2 pun pada sape2..harap2 hati aku kekal & tak berhenti dari mengucapkan perkataan maaf…
Namun, jika kemaafan itu sukar sekali utk diberikan pada orang seperti aku ni…aku redha…mungkin ini ujian @ balasan Allah swt utk orang seperti aku…aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan…dengan rendah hati sekali lagi aku memohon maaf pada semua yang mengenali diri aku…
Aku doakan semoga Allah swt sentiasa melindungi & memberkati hidup orang2 yang aku kenali tak kira yang rapat @ tak, yang dekat @ jauh, ahli keluarga @ bukan…semoga Allah swt terus melimpahi rahmatnyer pada kita semua…amin…

:: mungkin terlalu awal tapi lebih baik dari langsung tak mengucapkannyer…
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia nanti akan diberkati oleh Allah swt…

:: tak lupa jugak…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf zahir & batin…



Salam ikhlas,
-SaiF-
14 August 2009 | 0 KoMeN |
Al-Fatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
13 August 2009 | 0 KoMeN |
lately, hati aku selalu tersentuh...tak boleh silap sikit mesti kecik hati...walaupun isunyer kecik je, aku mesti terasa..kadang2 words yang member2 selalu hantar melalui sms & di anggap gurauan, aku anggap serius...bukan tak biasa...malah dah selalu dapat sms macam tu...in fact aku pun sering jugak bergurau macam tu..tapi sejak akhir2 ni je aku menjadi sorang yang sensitif...tak tau nape...nak kata senggugut..ish mengarut sangat la...nak kata uzur mustahil..nak kata ada mimpi..macam tak ada..bangun pagi tak basah pun..hahahaha...(ops, 18sx...)..tapi yang pasti, aku dapat rasa perubahan perasaan aku..jadi sorang yang emo...may be peralihan hormon kot..tu yang emosi tak stabil...hahahaha...sekarang ni aku lebih suke menyendiri...diam lebih baik dari berkata2..silap cakap nanti aku kecik hati..lebih aku senyap je...sekurang2nyer aku tak la terasa, kecik hati...
entah la...aku pun tak nak semua ni jadi...susah kalau jadi orang yang cepat terasa ni...semua benda tak kene...rasa macam tak best je hidup...hope semua ni akan berakhir...emosi aku kembali normal seperti dulu...
salam.....
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
11 August 2009 | 0 KoMeN |
semalam aku keluar dengan member aku..dah lama jugak aku tak jumpa dia ni...maklumlah orang bz...kebetulan dia balik minggu ni, dia ajak aku keluar...aku pun 'on' je la...janjinyer pukul 11.30 malam..then dia sms aku, ambik pukul 12 malam..lepas tu up lagi 12.30 pagi...tuptup pukul 1 pagi baru dia datang ambik aku...celaka betol...memang janji melayu dia ni...di sebab kan aku dah lama tak jumpa dia & banyak citer nak share dengan dia, aku pun sabar je la menunggu dia..lagi pun aku dah bersiap..alang2 tunggu jugak la...
dia datang bawak kete baru dia..merasa jugak la aku naik kete baru dia...hahahaha...dia bawak aku lepak kat taman depan dewan ipoh...saje lepak2 ambik angin sambil cuci mata..hahahaha...banyak benda kitaorang bualkan..rupanyer dia ada exam SPA esok..patut la dia balik ipoh...tabah betol dok merayap sampai pagi...dah la esok exam...bukan nak prepare ke apa...gigih mamat tu...
puas duk lepak kat situ sampai badan aku habis kene serang dengan nyamuk2 yang tak putus asa menagih darah dari aku, kitaorang gerak pulak p padang ipoh...lepas tu dia bawak p ke padang polo..tak singgah pun juz lalu je..gelap siot..dah la dekat dengan kubur cina kat situ..takot aku....last sekali dia bawak aku round2 kat town..huh!! apa yang ada...dah pukul 3 pagi..semua kedai dah tutup..tengok keindahan jalan yang dihiasi lampu2 yang berwarna-warni je la...dalam kete kita orang sembang...banyak citer..pot pet pot pet je la kita orang...tak henti2...hehehehe....
dalam 3.30 pagi baru dia hantar aku balik...penat & ngantok tahap cipan aku...balik je terus aku terbongkang atas katil...hahahahaha...
plan hari ni nak ke tronoh melawat member sekolah..nasib baik dah cancel plan tu...kalau tak memang ngantok & penat la aku..huhuhuu...
anyway thanx wei coz lepak dengan aku semalam...kalau balik ipoh lagi bagitau la aku...boleh kita beronggeng sakan...kahkahkah...
ok la tu je utk citer hari ni...chaou..!!!
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
08 August 2009 | 0 KoMeN |
Aku rasa korang semua mesti pernah jumpa dengan individu yang terlalu obses dengan warna…kalau boleh semua benda dia nak warna yang sama..dari sekecil2 barang hinggalah ke barang yang besar…dari barang yang nampak di mata hinggalah yang tak nampak di penglihatan…semua 1 warna je…aku ada sorang member perempuan yang obses sangat dengan warna pink…semua barang2 dia warna pink…teruja sangat kalau dia nampak barang yang dia berkenan tu warna pink…mesti terus beli…hhhmmm..ada apa dengan warna ek??? Entry hari ni aku nak up citer pasal warna…korang bacalah…
Pernah tak korang terfikir hidup ini tanpa warna?? Bebaskan diri korang seketika dari pengalaman, lupakan semua yang pernah anda pelajari dan mula bayangkan keadaan sekeliling korang berwarna hitam & putih…bagaimana perasaan korang?? Mesti korang tak nak hidup dalam dunia yang macam tu…itulah yang aku fikirkan..
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang. Julat panjang gelombang kelihatan utk cahaya dikenali sebagai spectrum yang terbentuk melalui pantulan, hantaran @ pancaran..terdapat 3 warna asas @ primer yang hebat kuasanyer iaitu merah, biru & kuning...melalui campuran 2 warna primer akan terbentuk warna sekunder & warna tertier pulak terbentuk melalui campuran antara warna primer & sekunder…Kepelbagaian warna tidak hanya memudahkan pengenalan kepada sesuatu objek. Sebaliknya keselarasan warna yang sempurna di alam semesta ini memberikan kenikmatan yang besar dalam jiwa manusia...warna jugak turut memperlihatkan watak seseorang individu tu secara umum…jom tengok perwatakan korang melalui warna yang korang minat…pilih 1 warna yang paling korang obses dalam hidup korang…

1- Warna merah - warna emosi & menyediakan sumber energi. Sorang yang sangat berwibawa. Sorang yang comel & disayangi ramai. Kamu jugak suke disayangi & menyayangi. Sentiasa ceria & gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'. Walaupun sering kali bergaul & bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir & berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta. Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang & boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

2- Warna biru - melambangkan kepercayaan @ keyakinan. Sorang yang punya keyakinan diri yang rendah & terlalu memilih sangat. Kamu tergolong sebagai sorang yang pemurung & selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan & ketenteraman. Sukar dalam pergaulan & percintaan kerana cenderung menyembunyikan perasaan. Tapi kamu mudah sangat jatuh cinta & seringkali juga putus cinta. Kamu juga cederung ke arah kesenian & sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap.


3- Warna kuning - warna yang mempengaruhi kekuatan idea & kebangkitan kebolehan fizik. Kamu sorang yang manis, tenang & sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang2 yang ada di sekeliling kamu. Kamu memiliki sifat optimis, sorang yang periang, senang bergaul & tak memiliki penampilan yang suram. Mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Sifat tolong-menolong yang menebal ada dalam diri kamu & tak pernah memperkecilkan sesiapa walaupun orang tu lemah mahupun kurang bijak. Selain itu, kamu jugak lebih suke menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kamu ni sorang yang jiwang karat jugak.

4- Warna hijau - warna yang melambangkan sensitif & cita-cita yang tinggi. Turut mempengaruhi tumbesaran, simpati & ketenangan. Berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari & minda yang terbuka. Merupakan warna kekuatan & persahabatan. Melambangkan kegopohan, cemburu & ketidakpercayaan. Cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata2 kamu. Kamu tergolong antara orang yang sangat romantic, menyukai keindahan, menyenangi alam semulajadi & selalu memegang pada prinsip diri. Soal cinta, kamu mengidamkan calon teman hidup yang penuh toleransi & boleh dipercayai. Kamu jugak ingin diri kamu disayangi & diberi perhatian penuh oleh kekasih hati.

5- Warna jingga - warna yang melambangkan hangat, kreatif & emosi. Kamu jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bijak mengambil hati orang2 disekeliling kamu & ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini & sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia.

6- Warna ungu - warna yang mewakili kehangatan & misteri. Turut mempegaruhi hati, minda, semangat berdikari & intuisi. Kamu sorang yang benar2 luar biasa, berkeinginan & cita-cita yang tinggi. Kamu jugak sorang yang kuat menghadapi masa depan tanpa ada ragu2, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik & bijak mengikuti perkembangan zaman. Kamu tak pernah pentingkan diri sendiri & agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Warna ini turut menunjukkan imaginasi erotik yang tebal, mempunyai kebolehan utk menarik simpati orang lain & sorang yang sukar utk memahami orang lain. Soal percintaan, hanya mereka yang kuat mental saje yang dapat menekati & menjadi kekasih kamu. Cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan & agak stabil kewangan.

7- Warna pink - warna kasih-sayang, kecantikan & kesunyian. Ia turut mempengaruhi keceriaan & semangat setiakawan. Menunjukkan kamu sorang yang amanah & berwawasan. Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain & mengambil tahu tentang orang2 disekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya & sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata2.

8- Warna putih – warna kesucian. Kamu dilahirkan dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat yang anggun, idealis & memiliki moral yang tinggi. Tak pernah angkuh, senang menghulurkan bantuan kepada sesiapa saje yang memerlukan bantuan kamu. Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup & berusaha keras untuk mendapatkannya. Kamu ini kuat cemburu orangnya & kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang kerana sikap cemburu buta kamu.

9- Warna hitam - warna yang amat mengelirukan & jugak warna perlindungan. Menunjukan kamu sorang suka melindungi diri kamu sendiri, pantang dicabar & suke berahsia. Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saje. Kamu jugak sorang yang lincah dalam hal2 tertentu saje. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Jika kamu berada dalam lingkungan yang tidak di sukai, kamu akan menjadi murung. Selalu tampil menarik & rapi. Ramai orang cuba mengejar & merebut cinta kamu. Namun kisah cinta kamu begitu mencabar & perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan yang berkekalan.

10- Warna pelangi – aku rasa orang yang suke warna ni tak mempunyai pendirian yang tetap. Macam lalang ditiup angin..& yang paling penting orang tu mesti suke makan aiskrim paddle pop…kwahkwahkwahkwah….

So dah baca?? Tepat @ tak perwatakan korang dengan warna kegemaran korang?? hhmmmm…walau apa pun yang tertulis, itu hanya ramalan semata2 yang di kaji oleh manusia biasa..setiap yang tercipta @ yang berlaku semuanyer datang dari Tuhan yang satu..hanya Dia saje yang mengetahui..Terpulang pada korang sama ada nak percaya @ tak…
Ok la..tu je utk kali ni…adiooss..!!!

aku??? Tak tipu, aku obsess dengan warna biru…tapi tak la obsess tahap gaban…dari dulu sampai sekarang suke warna biru…banyak barang2 aku warna biru…pada aku warna biru begitu menenangkan…ibarat seperti langit yang terbentang luas…cantik, damai, luas & kuat…


SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...

06 August 2009 | 0 KoMeN |
last Friday, aku, Khaer, Diela, Sieyda & Zira keluar lepak sama2…1st tempat yang kita orang tuju ialah karaoke kat GM…hahahaha…memang happening giler…masing2 tunjuk bakat yang terpendam lagi terendam sejak sekian lama…kwahkwahkwah…semua lagu kita orang belasah…balad, rock, dangdut, etnik, pop yeh yeh, semua kita orang bedal…nak tunjuk la yang kita orang ni penyanyi serba boleh…bukan stereotype...kahkahakah…semua pakat ‘menyumbangkan’ lagu…hehehehehe…bukan tu je, siap menari sakan…tak pernah2 aku tengok geng2 aku ni menari..tapi malam tu habis semua skill dorang tunjuk…goyang gerudi, rock berirama, zapin tersentap semua ada…memang berbakat…boleh masuk competition so you think u can dance…ahakzahakzahakz…Khaer dapat tittle ‘orang tua gatai’ sebab style dia manari macam orang tua yang tak sedar diri p club dangdut..hahahahaha…Sieyda, Zira & Diela 1st time aku tengok dia terkinja2 macam kera kene belacan..kahkahkah…aku pulak??? Bese la control sopan…hehehehehe…sopan ke???tak kisah la…yang penting memang enjoy & korang memang da bomb malam tu…bawah ni pic kami kat pusat karaoke tu…tu je yang ada…nak upload video, semuanyer sensor…bukan utk tayangan umum…hehehehehe..
time karaoke kat GM..happening giler...

semua pakat tunjuk bakat yang terpendam..memang giler2...hahahaha
lepas penat berkaraoke sampai hilang suara, putus urat pinggang, kita orang p lepak kat medan selera Penama..masa tu Qiera datang join kita orang…bese la bila dah lepak ramai2 ni…duk bersembang & gelak ketawa je la kita orang…sambil2 makan, dengar la peserta menyanyi utk 1 competition kat situ…hhmmm boleh la suara dorang tu…sedap sikit je dari suara kita orang ni…ahakzahakzahakz…kita orang balik lebih kurang pukul 12 lebih…memang enjoy sakan malam tu….hehehehehe…hhmmm…esok nak keluar lagi…

me, Sieyda & Diela...

me, Khaer & Zira...

ni la group biol...semua sporting habis...hahahaha...




SaiF4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
03 August 2009 | 0 KoMeN |
hari sabtu, group aku ke carnival sua rasa…saje nak tengok, best sangat ke carnival tu sebab aku tak pernah p pun sebelum ni…boleh la…aku bukan suke sangat p tempat2 macam tu..tambah pulak time matahari terik…buat gelap kulit je…hahahaha…
After jalan2 kat carnival tu, kita orang lepak kejap kat IP…ramai orang siot…banyak budak2 punk dokdet, PLU, couple…kita orang jalan cuci mata kejap…hehehehe..lepas tu terus gerak p TKK…melantak…tengah2 duk lepak makan ada pulak la pulak group penari2 datang makan tak jauh dari tempat kita orang makan…mulut boleh tahan..macam puaka…huhuhuhu…
Habis makan kita orang terus gerak ke Sam Poh Tong..Khaer nak ambik pic hentian limau tambun utk assignment dia…habis je kita orang singgah la kejap kat SPT tu…saje nak ambik pic…tak banyak pun sebab hujan..terus balik lepak rumah Khaer…
Dua hari keluar…memang penat…perut & pinggang aku sakit sebab terkinja2 malam semalam…Sieyda hilang suara…Zira pulak tak cukup tido…Khaer maintain…dia dah biasa, boleh la….hahahahaha…macamne pun keadaan, kita orang tetap enjoy…biarpun keadaan cuaca tak menentu & masalah H1N1 melanda, tapi tu semua tak jadi halangan pada kita orang utk berjumpa…huhuhuhu…
Bawah ni ada beberapa pic kita orang kat SPT…
ni replika limau bali kat hentian limau tambun...

ni masa kat garden Sam Poh Tong...

time kat kolam ikan Sam Poh Tong...

best frenz 4ever...me, Zira, Khaer & Sieyda...

ni aku la....tak kenal memang melampau...hehehehehe





SaiF4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
| 0 KoMeN |
Aku kembali setelah lama mendiamkan diri, mengubat hati yang berduka lara…dalam senyap tanpa bicara aku sempat ke negeri yang terkenal dengan adat pepatihnyer iaitu Negeri Sembilan…aku tak nak citer nape aku bawa diri ke sana…biar aku je yang tahu sebabnyer…lagi pun tak guna nak merajuk lama2...benda dah jadi...biar je la...keadaan tak mungkin berubah...hhmmm...
di sana aku sempat la beronggeng ke kawasan rekreasi Jeram Toi, berkaraoke di mana tah (aku tak ingat nama tempatnyer), singgah Taman Tasik Seremban (tak sure la nama taman tu tapi dekat dengan hotel Royale) & also pergi ke expo pertanian yang kebetulan di adakan di sana…thanx to Danny, Alip & Abg Yus…I enjoy cuma sori coz a little bit segan dengan korang…sori sangat2 kalau aku buat korang tak selesa…apa2 pun thanx a lot…ada rezeki, ada jodoh, kita jumpa lagi…
Tu je citer utk entry kali ni…salam semua…
air terjun Jeram Toi...


*hanya pic tu je yang aku boleh publish kat sini…yang lain2 semua sensor…harap maaf…



SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…

02 August 2009 | 0 KoMeN |