twitter

Zaman dulu kalau ada lelaki @ perempuan yang belum berkahwin bila umur dah lanjut mesti dapat gelaran ‘bujang terlajak’,‘andartu’ @ ‘andalusia’. Tapi sekarang keadaan tu seperti sudah menjadi kebiasaan & kurang diambil berat lagi masyarakat moden. Kenapa ye?? Mungkin masyarakat hari ini lebih terbuka pemikirannyer berbanding dengan orang dulu2..apa yang hendak dikejarkan sangat dengan perkahwinan…tak kahwin pun tak apa..masih boleh hidup baik lelaki @ perempuan…dah tua hantar je ke rumah orang2 tua…banyak kat Malaysia ni….pilih je yang mana nak…hehehehe…
Entry hari ini aku nak bukak citer pasal KENAPA LELAKI MASIH @ SANGGUP MEMBUJANG…

1- Fokus pada kerjaya dulu…
Lelaki, dari dulu sampai la sekarang ini sememangnyer bercita-cita tinggi. Keutamaan dalam hidup mereka ialah kerjaya. Soal hidup tolak ke tepi…selagi dorang tak dapat apa yang dihajati, hal2 lain jatuh no 2…dalam otak dorang cuma fikir pasal rumah, kereta, ekonomi yang stabil, jawatan yang tinggi & macam2 lagi…kalau dorang berkahwin awal, takot semua yang di rancang terencat… mana nak fikir pasal cita2, pasal bini, pasal anak…serabut otak..tu yang tak bestnyer…huhuhu…

2- Masa ni la nak enjoy…sementara masih muda…
Kebanyakan lelaki tau yang berkahwin tu lebih ‘nikmat’ dari hidup membujang tapi mereka sanggup membujang sebab memikirkan ‘kenikmatan’ hidup solo…bukan apa, bila dah berumah tangga nanti tak bebas & tak boleh nak enjoy sakan…tangan & kaki kene rantai…tu yang mereka sanggup postpone dulu dari terus berkahwin di usia yang muda…kita enjoy!!!

3- Bimbang dengan penampilan baru mereka…
Bila sudah menjejakkan kaki ke alam berumah tangga, lelaki bimbang saham mereka jatuh…& yang lebih mengerikan bila ada perubahan pada diri mereka…perut dah sama besar dengan wife yang sedang pregnant anak ke2 & rambut kian menipis macam baby…aduh!! Mana ada awekz2 yang nak pandang lagi…jangan kata sebelah mata, toleh pun tak ingin…huhuhuhu…better hidup bujang…

4- Teringatkan peristiwa lampau…kira trauma la…
Pengalaman lepas banyak mengajar lelaki utk berhati2..mungkin jugak menyebabkan dorang jadi trauma yang amat sangat…pergaduhan, penderaan, perpisahan & penceraian ibubapa menyebabkan lelaki takot utk terikat dengan mana2 perempuan sebab takot perkara yang sama akan berlaku…selain itu, kecewa akibat putus cinta @ tunang turut menjadi faktor lelaki zaman moden ini sanggup membujang sampai ke tua…cinta pertama yang selalu membuatkan lelaki menderita…hhmmmm…

5- Hantaran tinggi…mana mampu!!!
Zaman sekarang ni, kalau korang perasan la makbapak sanggup meletakkan hantaran yang tinggi mengalahkan artis terkenal…kononnyer utk masa depan anak dia la…kalau la rasa anak dorang tak ada masa depan bila berkahwin lebih baik jangan dikahwinkan…simpan je kat rumah buat jeruk…nak tengok jugak sampai bila la anak dara dorang tu boleh bertahan dengan harga yang makbapak dia tetapkan tu…hahaha…ni la salah 1 faktor yang menyebabkan lelaki bujang semakin ramai…kadang2 awekz dorang ni jenis tak faham bahasa melayu…kene cakap bahasa undu agaknyer…hehehehe…ingat senang ke nak kumpul duit…nak bayar hutang lagi, nak bagi kat family di kampung lagi, perbelanjaan peribadi lagi…ingat yang ‘dalam2’ tu tak payah tukar ke??? Tak kan nak tunggu dah jadi roti kirai baru nak tukar baru…kahkahkahkah…

6- Belum ada yang sudi nak sehidup semati…
Nak kata lelaki hari ni tak ensem, tak berduit…tak boleh jugak sebab lelaki hari ini bukan macam lelaki dulu…dulu mana ada gym, spa, mana ada ubat kurus…sekarang ni macam2 ada…yang tak ensem boleh jadi macho, yang over saiz boleh jadi fit…tapi apa yang perempuan cari & pandang pada sorang lelaki?? Nak kata dorang tengok kesuburan…mana dorang tau sebab tak cuba lagi…kalau dah cuba baru tau…hehehehe…(ops..18sx…budak bawah umur jangan baca…)…yang hakikatnyer, perempuan hari ni jual mahal…konon nak test market…mana tau kot2 boleh dapat datok…silap test dapat datok bercucu…sia2 dapat pangkat nenek segera…lelaki bujang pulak terus la kempunan…ahakzahakzahakz…

7- Lelaki bujang ni ‘PLU’!!!
Tak tau nak cakap apa….



Aku??? Membujang ada keseronokannyer…Berkahwin ada kenikmatannyer…biar masa yang menentukan segalanyer…




SaiF’4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada…
22 July 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment