twitter

Jika memancing ikan & setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah diambil ikan itu…
Jangan sesekali LEPASKAN ikan itu ke dalam air begitu saja kerana ikan itu akan SAKIT oleh bisa ketajaman mata kail & mungkin ikan itu akan MENDERITA selama hidupnya…
Begitulah juga…
Setelah kamu memberi HARAPAN yang tinggi kepada seseorang…Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya…Jangan sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama-sama kamu & mungkin tidak dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
Jika MENADAH air biarlah berpada-pada…
Jangan terlalu berharap pada takungannya & menganggap ia begitu teguh…Cukuplah sekadar untuk KEPERLUAN saja kerana apabila ia mulai RETAK, bukan mudah MENAMPAL & MEMPERBAIKINYA semula…
Bukan juga DIBUANG terus begitu saja…
Begitulah juga…
Jika kamu sedang MEMILIKI seseorang, TERIMALAH dia seadanya…Janganlah terlalu MENGAGUMINYA & mengganggapkan dia begitu ISTIMEWA…Sebaliknya anggaplah dia sebagai MANUSIA BIASA kerana apabila dia melakukan KESILAPAN , tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan itu BERTERUSAN hingga ke akhir hayat…
Bukannya MENGHUKUMNYA & MENINGGALKAN dia begitu saja hanya kerana berasa terlalu kecewa dengan sikapnya…Hubungan itu akan TERHENTI begitu saja…
Jika MEMILIKI sepinggan nasi yang baik untuk diri kamu, yang MENGENYANGKAN & BERKHASIAT …Mengapa perlu berlengah lagi mencari makanan yang lain kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …Kelak, nasi itu akan BASI sendiri & tidak boleh menikmatinya lagi…Pasti kamu akan MENYESAL
Begitulah juga…
Jika kamu telah bertemu dengan seseorang INSAN yang boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…MENYAYANGIMUMENGASIHIMU & MENCINTAIMU,Mengapa perlu berlengah lagi dengan MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain hanya kerana terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……Kelak, dia akan BERJAUH HATI & kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi hak milik orang lain…Kamu juga yang akan MENYESAL & ketika itu tidak ada gunanya lagi MENANGIS
Oleh itu, janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama dalam mencapai KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita mampu memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang & akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…kita pasti akan BAHAGIA, BAHAGIA & terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA

KESEMPURNAAN itu tidak pernah ada di kalangan insan ciptaan-NYA

Fikirlah sendiri…Tuhan dah bagi otak kat korang semua…gunalah sebaik-baiknya…
aku?? Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan & kekurangan diri sendiri…



SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
06 July 2009 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. Alex Madina
    Jul 10, 2009, 2:32:00 AM

    love the sunset.

Post a Comment