twitter

Susah utk menjelaskan & menggambarkan rasa yang tersirat di hati pada orang2 yang kita suke, sayang & cinta…bukan apa…takot orang tu salah faham, takot orang tu salah buat penilaian…
hakikatnyer perasan yang tersimpan itu mudah utk ditafsirkan...tak payah susah2 jika orang tu betol2 memahaminyer @ mempunyai rasa yang sama…
tapi kadang2 keadaan menjadi sulit bila orang tu tak nak cuba utk mengerti @ dalam bahasa kasarnyer buat2 tak faham…buat don’t know, buat bodoh je…itu yang payah…
bila semua ni terjadi, mula ada yang kecik hati, makan hati, tawar hati & terus berhati2 lepas tu..sebab apa.?.?.sebab orang tu tak nak terima hakikat yang dia turut berkongsi rasa yang sama…mungkin jugak malu @ takot…
sebab itu dalam sesuatu perhubungan harus ada komunikasi yang lancar & persefahaman yang baik…kalau tak jangan harap la hubungan tu nak kekal berpanjangan…
……………………………………………………………………………………………….....................................................
~ moral of da story ~
Luahkan perasaan yang terpendam itu…jangan terus di simpan...biar orang nak kata apa pun…pedulikan…yang penting kita dah berusaha utk membuat orang tu faham & mengerti isi hati kita…kalau asyik terus pendam je sampai bila2 pun tak jadi apa2…silap hari bulan kita yang melepas…rugi…putih mata…
hargai peluang yang ada…kadang2 peluang hanya datang sekali saje dalam seumur hidup…jangan biarkan peluang itu pergi tanpa memberikan anda merebut peluang itu…
……………………………………………………………………………………………….....................................................
Aku.?.?.hehehe…pandai nasihat je…tapi masih takot nak luahkan isi hati & perasaan aku sendiri..sebab apa aku takot.?.?.aku takot utk menerima kenyataan hidup yang maha pahit lagi perit…luka di tangan nampak darahnyer tapi luka di hati sape yang tahu…sebab tu aku rela mendiamkan diri dari terus berbicara…mungkin ini lebih selamat...yang lain2 biar masa yang menentukan segala2nyer…huhuhuhu
..........................................................................................................................................................................
Itu saja utk entry kali ini…dengarkan lagu APA KU RASA nyanyian SHIMA…salam semuanyer………...




SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
04 June 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment