twitter

semalam aku, Sieyda & Zam pergi ke Kuala Kangsar..2 orang sepupu terdekat & paling rapat sejak kecil lagi melangsungkan perkahwianan & pertunangan mereka..agak lama aku tak berjumpa dengan mereka sekeluarga..b4 ni aku agak sibuk dengan study aku sampai tak ada masa nak ke sana..so kesempatan yang ada ni aku pun menjengah muka..rindu sangat dengan mereka sekeluarga...after berjumpa melepaskan rindu dengan mereka sekeluarga, after jumpa sanak sedara, after sesi makan, aku & member mintak diri utk mengangkat kaki...plan nak round2 kat sekitar Bandar DiRaja Kuala Kangsar..dah alang2 ke sana..lepas tu nak gerak ke Taiping..member kawin la pulak...sape dia?? (hanya Zam & Sieyda je yang tahu..kihkihkih..)

*kepada ayah yeop & mak yong sekeluarga, thanx coz sudi jemput anak sedara yang sorang ni...
*kepada Halma & husband-selamat pengantin baru..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
*kepada Ina & tunang-selamat bertunang...
*kepada abg Izam & abg Lee-selamat menjadi bapak...
*kepada Yeop & Yong sekeluarga...panjang umur kita jumpa lagi...

actually hati aku sedih sangat masa menjejakkan kaki kat rumah tu...sayu sangat2...ada benda yang buat aku rasa macam tu..hanya orang2 yang terdekat je yang tahu & memahaminyer...aku harap semuanyer akan berakhir tidak lama lagi..huhuhuhu...
ok time utk bergumbira pulak...orang kata life is too short to be sad...so kita enjoy.!.!.!..hahahaha...
Zam terus drive bawak kami jalan2 sekitar Kuala Kangsar...& kitaorang pun lepak kat dengan Istana Kenangan Kuala Kangsar...niat hati nak masuk istana tu..nak tengok apa la yang bestnyer istana tu...dengan tabah, cekal & gigih, kitaorang tunggu dari pukul 12 lebih sampai pukul 2 semata2 nak masuk istana tu..time kita orang sampai tu, istana tu tutup utk rehat...sambil2 tunggu tu kitaorang melantak 'cakoi'..korang tau ke apa tu 'cakoi'??? aku pun baru dengar nama tu..selalunyer aku makan je..tak tahu pun namanyer...hehehehe...'cakoi' ni bentuk dia panjang2..dibuat dari tepung & di goreng...cara makan, dicicah dengan kaya @ kari..

tengok la pic tu...Zam & Sieyda tengah demo cara makan 'cakoi'...panjang & mantap..tah bape inci panjang..tah bape inci ukur lilit pun aku tak tau...hahahahaha...ops..jangan melencong pulak bila aku cakap macam tu..hehehe..kitaorang ingatkan kecik je 'cakoi' ni..beli la sampai 4 hengget..sekali makcik kedai tu bagi 1 plastik besar daaa..dalammnyer ada 10 batang 'cakoi', siap dengan kuah kari & kaya...dalam kereta kitaorang gelak je...banyak giler kita orang beli..yang nak makan 3 orang je...hahahaha...masing2 makan 2 je..selebihnyer Zam bawak balik..hehehehe...tak lupa jugak, rezeki tu kami kongsi bersama2 dengan 1 family ayam (sekor bapak ayam, sekor mak ayam, sekor anak ayam...dah macam family sundal pulak kitaorang tengok..kwahkwahkwah..)...sian tak cukup makan je kitaorang tengok ayam2 tu...agaknyer selama ni asyik makanan yang sama je, sesekali nak jugak makan yang best sikit...tapi yang tak tahannyer, bapak ayamnyer sibuk cari betina lain..pantang lepa..'makan luar' bapak ayam tu...memang dasar penswastaan bapak ayam tu...ahakzahakzahakz...

yang tengah tu la Zam..yang dua lagi tu, rasanyer semua dah kenal..tambah2 pulak yang berambut trojan tu..hahahaha...Zam ni kawan sekolah kitaorang..kelakar orangnyer..tu yang boleh rapat...tapi dia ni sensitif sikit..cepat tersentap...sape yang boleh lupa kes dia edar surat rasmi dalam kelas dulu...lagi 1 kes post buletin dia dalam FS..memang tersentap, terhantap, terhantok kalau baca..tapi pada aku tu semua benda yang boleh dijadikan modal utk kene kan dia..hahahaha...oppss Zam kalau mu baca blog aku ni..jangan mara aaa...jangan pulak mu heret kes ni ke mahkamah family...mampus aku nak bayar samannyer nanti..habis musnah kerjaya aku..gelap masa depan aku sebagai wartawan meletop lagi sensasi...ahakzahakzahakz...
sebelah Zam tu la wartawan hiburan pelatih...Sieyda ni ala2 Michael dalam melodi tu..boleh tahan jugak mu buat keje Sieyda..bagus..tak la aku je yang kene cari berita panas lagi meletopz kebabom...kwahkwahkwah..tak tahanyer minggu lepas, mangsanyer Zam...hahahaha..cik kak ni tengah asyik masyuk dok bersembang dalam phone dengan ehemehemehem..tengah leka ber'awak', ber'saya'..tak sedar dirinyer di perhatikan oleh wartawan meletopz Sieyda ( DO I LOOK LIKE I CARE..hahahaha..)..sibuk bersembang, dah kene terjah dengan Sieyda..terkejut beruk Zam...terus berhenti cakap over phone..mana tak terkejutnyer kalau dah kene sergah..dah tu dalam pasaraya pulak tu..ramai orang..siap jari telunjuk tunding kat muka dia..dah tu kene paksa pulak beli jam tangan..harus la tersentak nafas nak ber'awak, ber'saya' lagi..potong stim je...hahahaha..nak cover malu terus bagi alasan beli barang....barang apo??hah apo??barang apo??..hanyo eden & Sieyda jo yang tahu...(eh..nogori la pulak..)..jangan marah Zam..orang nogori ni tak suko marah2..takot nak di buek bini...opss..terbagitau pulak..eden tarik balik cito tu..kwahkwahkwah...
tepat je pukul 2, kami bertiga terus masuk ke Istana Kenangan..free je..

ni la Istana Kenangan...
Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926. Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-19
38) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang). Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak. Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia. Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.
tu la serba sedikit sejarah Istana Kenangan ni..aku search internet je...aku ni bukannyer minat sangat dengan sejarah..tapi aku tak buta sejarah k...hehehehehe....


Sieyda tu dalam dok terjah menerjah story orang yang hot lagi meletopz..tak sedar citer panas mendidih dia dalam tangan aku..hah, tu la next time hati2 bial nak send sms...bila dah terlepas citer2 kontroversi kat aku, habis la..akan aku bogel kan tanpa seurat benang..hahahaha..betol tak Sieyda (DO I LOOK LIKE I CARE..)..???..kwahkwahkwah...jangan marah cik kak...kita tunggu la raya nanti..kita tengok citer mu tu ranking ke bape dalam carta hot, suam, sejuk...hahahaha..yang pasti mesti ada yang akan ungkit, membangkit balik kisah2 18sx tu...oopppsss..18sx ke??..kihkihkih...do i look like i care?? (siap dengan jari telunjuk bergerak2..hehehehe..)

muka yang suke 'mencapap'...tapi no more aksi terlampau melampau kali ni k...ahakzahakzahakz....
cukup utk hari ini..jumpa lagi..salam terjah dari aku...hehehehe..
*thanx Zam & Sieyda coz sudi teman aku semalam..korang la sahabat aku dunia akhirat...memang aku terdesak sangat semalam...thanx a lot...
p/s :: sape2 yang rasanyer nak diterjah, ada2kan la citer kontroversi..kami akan segera terjah anda...terjah merungkai segala persoalan..terjah tetap terjah..hehehehe...
SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...

31 May 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment