twitter

cinta…cinta…cinta…hidup ini tak pernah sunyi dari di landa perasaan cinta..begitu hebat sekali penangan cinta ini..boleh buat orang mabuk kepayang..yang normal boleh jadi mereng..yang mereng bertambah2 la merengnyer..huhuhuhu…dunia…dunia…
pada aku cinta itu satu perasaan halus & suci yang lahir dari hati yang tulus ikhlas mencintai orang yang kita cinta…cinta bukan berpaksikan material & nafsu semata2..bukan juga kerana paksaan & desakan..cinta itu semulajadi..datang tanpa kita sedari…payah sebenarnyer utk mendefinasikan erti cinta yang sebenar..setiap orang mempunyai berbeza pandangan & telahan tentang istilah cinta ini…
baru2 ni ada sorang sahabat..paling rapat dengan aku mengadu masalah cintanyer..1st time aku dengar ceriter dia, aku agak terkejut..dalam hati aku tertanya2, kenapa aku yang dia pilih..?? sedangkan aku bukanlah pakar dalam memberi nasihat..tambah pulak isu2 percintaan ni..aku tak pandai..aku tak reti...memang la aku pernah merasai nikmat bercinta..bukan sekali tapi 2 cinta pernah hadir menyerikan hidup aku…memang indah & sehingga ke hari ini aku tak pernah melupakan semua kenangan antara aku & orang2 yang pernah aku cintai *J_J*..belum ada lagi pengganti yang mampu mengisi kekosongan hati ini..perasaan cinta aku berbeza & sukar utk diterjemahkan dengan kata2..biarpun antara duanyer berbeza namun masih ada persamaan yang jelas…dua2nyer erjaya melahirkan cinta dalam hati aku utk mencintai mereka sepenuh hati *J_J*...tapi takdir tidak menyebelahi aku..huhuhuhu…
tak tahu macamne aku nak nasihat sahabat aku tu..tapi demi sebuah persahabatan yang terjalin, aku cuba yang terbaik..memberi pandangan, nasihat & penyelesaian…aku harap dia boleh menerimanyer dengan hati & fikiran yang terbuka serta matang…aku pun tak mahu sahabat aku tu terlalu memikirkannyer hingga lupa tanggungjawabnyer pada diri sendiri, keluarga & yang penting Allah s.w.t..dia masih muda, bijak..sayang kalau dia terus dibelenggu masalah ini hingga merugikan diri sendiri…bunga bukan sekuntum..utk apa terus bersedih hanya kerana sorang perempuan yang tidak pandai menilai erti cinta yang sebenar..buang masa melayan & menunggu perempuan seperti itu..hanya memperdagangkan kecantikan semata2 utk mendapatkan yang terbaik..sedangkan dirinyer sendiri lompang & penuh dengan kecelaan…(oopppss…sori kaum hawa..bukan semua begitu…)..aku tak hairan jika 1 hari nanti perempuan tak ikhlas tu datang melutut di kaki sahabat aku ini…memohon maaf sambil menangis mengalirkan airmata kepuraan yang nampak sangat palsu & plastiknyer…dasar perempuan hipokrit…dunia ini adil..percaya dengan hukum karma..buat jahat akan dibalas jahat…
Kepada sahabat aku, tabahkan hati, kuatkan semangat, jangan mudah putus asa…jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan…setiap insan di dunia ini telah ditetapkan pasangannyer masing2..berusahalah selagi termampu & berdoa pada Tuhan agar dipertemukan dengan insan yang benar2 mencintai diri kita…jika sudah takdir, tak berjumpa di dunia, pasti akan dipertemukan di syurga…
hanya dengan kata2 ini saje yang aku mampu berikan pada sahabat aku tu..aku bukan Dr. Cinta…diri aku sendiri terumbang-ambing..parut lama masih kelihatan..kenangan lepas masih segar..susah utk aku membantu…tapi aku tetap mencuba yang terbaik memberi keselesaan & ketenangan pada sahabat aku tu..harap2 dia tabah & kuat semangat…

true LOVE simply never ends…

but LOVE comes with so much pain…





SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...

26 May 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment