twitter

satu perkara yang aku dah lama tak buat dalam hidup ini & aku rindu untuk melakukannyer ialah melukis..cukup lama aku tinggalkan dunia sni lukis ini..kali terakhir aku melukis ialah pada tahun 2005 & selepas itu aku jarang lagi menyentuh peralatan lukisan aku..namun begitu aku tetap melukis walaupun secara bersahaja...cuma seingat aku selepas aku menjalani operation pada tahun lepas, aku langsung tidak lagi melukis sehingga ke saat ini..hati aku seakan sudah tidak berseni..mungkin kesan daripada operation itu kerana antara duanyer ada perkaitan..aku pun tak pasti...harap2 telahan aku tidak betol...

aku rindu sangat dengan dunia lukis..ini dunia aku sejak kecil..bermain dengan warna2 & hanyut dalam khayalan menconteng kanvas lukisan..ingat lagi masa aku kecil, habis dinding rumah aku penuh dengan hasil kreatif aku sampaikan parents aku selalu marah..bila dah masuk sekolah, habis pulak kertas A4 parents aku keje kan..pensel warna aku habis aku balun..tak cukup dengan tu, pensel warna adik beradik aku pun aku tibai..aku seronok melakar & mewarna di atas kertas..memang dunia aku berbeza dengan adik beradik aku yang lain..

walaupun lukisan aku tidak sehebat pelukisan terkenal seperti Imuda, Albrecht Durer, Leonardo Da Vinci & Pablo Picasso namun aku bangga dengan diri aku sebab mampu melukis..tak semua di kurniakan bakat melukis..aku bersyukur sangat...aku kalau dah melukis memang lupa alam nyata..aku boleh melukis tanpa berasa lapar & mengantuk..aku sanggup bertahan untuk memastikan hasil kerja aku benar2 menjadi..hal2 lain aku tolak ke tepi..aku puas menyerahkan seluruh jiwa, hati & fikiran aku pada lukisan..itulah aku & dunia aku..

bagi aku, seni itu cukup indah & halus..bukan semua orang minat pada seni lukis..masa kecik, aku pernah menyimpan impian & cita2 untuk menjadi seorang pelukis terkenal & memiliki galeri seni lukis sendiri..aku sentiasa berusaha demi mencapai impian & cita2 aku tu..tapi atas sebab2 dendam yang tidak pernah padam, aku sanggup melupakan semua cita2 aku & mengorbankan nikmat yang telah di anugerahkan oleh Tuhan kepada aku..teruk betol aku ketika itu...nak menyesal sekarang ni pun dah tak guna..benda dah pun terjadi..

semalam aku selongkar almari kabinet aku..niat hati nak melukis..memang aku tak mampu menahan lagi keinginan utk melukis..aku cuba melukis tapi hampa..seperti ada yang tak kene..aku seperti tak berupaya lagi melukis seperti dulu..selalunyer bila pensel sudah dijari & kertas lukisan di depan mata, aku mampu melukis apa saja yang terlintas di fikiran aku ni tapi semalam semua tidak menjadi..fikiran, hati & jiwa aku kosong seperti tidak berseni..aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu..mungkin ini balasan Tuhan pada aku, mengambil balik semula nikmat & anugerah yang telah diberikan satu ketika dulu..jika ini benar, aku lah manusia paling sedih..aku pasti akan merindui dunia seni ini..tapi aku redha jika itu telah ditetapkan utk aku..peluang hanya datang sekali saja...terlajak perahu boleh diundur...ampun kan aku Tuhan...


antara lukisan yang aku hasilkan & aku masih simpan hingga ke hari ni...












SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
21 May 2009 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. eDa haDIAron
    May 21, 2009, 11:15:00 PM

    boleh tahan..hebat....
    why not nanti u wat study jarak jauh..
    amik fine art...
    operate ape yg telah mu jalani ni
    sampai hilang kesenian dalam diri tu?
    jom kite tuka2 lukisan nak??
    tp xpandai lukis potret..

  1. SaiF HaQiem
    May 25, 2009, 9:45:00 PM

    tx nak la tukar2 lukisan..segan..lukisan aku tx sehebat lukisan mu..huhuhuhu

Post a Comment