twitter

entry kali ini menarik sikit..bosan duduk rumah, aku call faril ajak keluar.macam biasa la, masing2 tak ada duit tapi pada aku tu semua bukan masalah..redah je..aku drive ke Sungai Ulu Chepor & faril tunggu dekat sana..rumah aku ke sungai tu tak lah jauh sangat, dalam 20 minit je.sampai sana, terus cari pot utk lepak..aduhh..ramai pulak yang datang time ni. ingatkan time cuti je yang ramai orang. aku & faril pun terus park kereta kat 1 tempat. ingat nak tunggu sekejap, kot2 la kalau ada group yang mandi dekat situ nak berangkat pulang..tunggu punyer tunggu..yesssseezzz, 1 group tah dari mana, botak je semuanyer. aku ingatkan pelatih polis sebab ada nampak trak polis kat situ..sekali terpandang van agensi dadah daaa..huhuhu..tersentap aku & faril..maknanyer, group yang botak kepala tu semuanyer pelatih pusat serenti la..dalam otak aku dah bayang yang bukan2..hehehe..

lepas semua pelatih2 tu naik dari sungai, aku & faril pun apa lagi terus ambik alih pot tu..dok mandi sakan sambil berbual..sejuk giler air sungai hari ni..aku bertahan kejap je..tak lama lepas tu terus menggigil sejuk..berendam lama sangat, habis kecut semuanyer..baik yang nampak mahupun yang tersembunyi..hehehe..tengah aku duduk bertenggek atas batu berlabun dengan faril, pelatih2 tadi turun semula ke sungai..mula2 dorang semua juz duduk jauh dari kami..tak lama lepas tu datang sorang pelatih dekat tempat kitaorang..aku & faril dah cuak..takot pun ada..tapi kami tetap maintain lepak situ..malas nak cabut ke tempat lain..lagipun tempat tu tempat awam..sape2 boleh duduk lepak kat situ..
pelatih yang datang tu, saje nak join kami. tak kisah la. kami duduk la bersembang. aku layan macam biasa je..tapi tak lama lepas tu, pelatih tu panggil pulak geng2 dia join kami..ah, sudah..aku & faril juz pandang antara 1 sama lain..muka masing2 dah semacam. nak lari takot dorang fikir yang bukan2 pulak..aku & faril juz buat macam biasa. mula2 tu memang la takot tapi bila dah mula mesra berbual, aku dah tak takot dah. makin ringan mulut aku bersembang dengan pelatih2 tu..kami berdua dah macam pelatih pulak..hehehe..dorang ni nampak je ganas, badan penuh tattoo tapi hati baik. mereka semua tak mintak nak terjebak dengan semua tu tapi keadaan sekeliling yang mempengaruhi mereka hingga tercampak ke Pusat Serenti Perlop Perak..masa tu baru aku sedar, mereka tak seharusnyer dipersalahkan & disisihkan dari masyarakat. mereka juga berhak untuk hidup seperti manusia lain. diterima & disayangi oleh orang lain..

diri aku semakin selesa berkawan dengan mereka semua walaupun mereka bekas penagih dadah tapi aku tetap menghormati mereka sebagai seorang manusia & orang yang lebih tua dari aku..pada aku mereka ni baik & perlu diberi peluang serta sokongan utk memulakan kehidupan baru. tak seharusnyer mereka dihukum hanya kerana mereka pernah menghuni pusat serenti..macam2 yang kami bualkan & abang2 pelatih tu semua tak lokek utk berkongsi pengalaman & ceriter tentang diri mereka sepanjang menghuni di pusat serenti..
dalam pusat tu, displin amat diutamakan..ada 8 modul merangkumi kawad, kelas pembelajaran, ceramah, solat (4 lagi aku tak ingat) yang pelatih kene patuhi..jika gagal, dorang akan ditahan lagi utk tempoh sebulan hinggalah dorang dapat memenuhi syarat yang ditetapkan..tapi kalau dapat melengkapi 8 modul tu, perangai tak baik, kene tahan jugak..so, soal displin & kawalan memang ketat..seawal 5 pagi aktiviti dah bermula & tamat pada pukul 4 petang setiap hari kecuali hari sabtu & ahad..tido pukul 10 malam..walaupun di kawal ketat tapi mereka masih lagi diberi ruang kebebasan utk bersukan atau berehat selepas pukul 4 petang & selalunyer aktiviti yang sering dilakukan ialah menonton tv @ dvd..tak tahannyer menonton citer 'blue'..sampai 'terpacak' bak kata abg said..hahahaha...(oppsss...18sx..)..lepas tu boleh dia ajak kitaorang p clubing (BB) kat KL bila dia dah bebas next month...aku & faril gelak je dengar nama club tu..hehehehe..macam hampeh je..dalam sebulan, hari Isnin & Selasa, family setiap pelatih dibenarkan utk melawat mereka..tapi agak sedih bagi platih yang berasal luar dari Perak seperti Sabah, Pahang, Penang, Negeri 9 sebab family mereka tak dapat datang menjenguk..aku ada jugak tanya bagaimana suasana kehidupan di dalam exspecially layanan pegawai2..dorang jawab best..pegawai2 walaupun tegas tapi sporting tambah pulak kalau yang muda..lagi dorang suke..hehehe..

abang2 pelatih ni sempat la jugak menasihati kami supaya tak jadi macam mereka..jangan sesekali mencuba walaupun keinginan itu ada..tambah pulak dengan usia yang masih muda macam kami, perjalanan hidup masih panjang..jangan sia2kan hidup hanya utk merasa nikmat keseronokan yang sementara..nanti menyesal seumur hidup...Insyallah abang2..thanx utk nasihat tu...kami akan ingat semua pesan abang2..

lebih kurang pukul 2, abang2 pelatih ni semua dah kene balik ke pusat semula..sedih jugak sebab baru nak mula berkawan..tapi apa boleh buat..peraturan tetap peraturan..aku & faril bersalam dengan abang2 pelatih tu..yang tak tahannyer...geng2 abang pelatih yang tadi tah mandi kat mana2 tah, memang tak kenal, tak berbual sama boleh turun & bersalaman dengan kitaorang..ada tu berkali2 salam dengan kitaorang..kelakar la dorang ni..aku & faril dah macam artis..terasa glamour la sekejap..hahaha...

aku harap & berdoa abang2 pelatih tu tabah menghadapi dugaan hidup, berjaya keluar dengan selamat, tak terjebak balik dengan najis dadah & menjadi insan yang sesungguhnyer...semoga Allah s.w.t memberkati hidup mereka semua..amin...

dulu aku pernah simpan angan2 nak melawat pusat serenti, nak berkawan dengan bekas2 penagih ni..aku teringin sangat nak merasa kehidupan di pusat serenti, bercampur dengan dorang semua & tak sangka baru sekarang peluang tu datang walaupun hanya utk sekejap saja tapi aku puas sebab impian aku dah tercapai..baru aku faham bagaimana keadaan mereka sebelum masuk, semasa & selepas keluar dari pusat serenti...nway guys..korang memang best..aku enjoy join dengan korang..ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi..harap2 bukan di pusat serenti..hehehehe...




*pic aku kat Sungai Ulu Chepor...tapi pic abang2 pelatih tu tak ada...segan la nak bergambar dengan dorang..hehehehe..








SaiF'4eveR
aku tidak lagi mengharap biarpun keinginan itu masih ada...
25 May 2009 | 5 KoMeN |

5 KoMeN:

  1. LeA LyaNNa
    May 25, 2009, 10:57:00 PM

    jelos ny aku ngan ko n faril... mandi2...wahh..ta ajak aku pun ek

  1. SaiF HaQiem
    May 26, 2009, 11:37:00 PM

    nk ajak mu..tp takot mu segan..maklum la mandi dgn abg2 pusat serenti...huhuhu..

  1. Faizal Rahman
    May 26, 2009, 11:55:00 PM

    Best2, diorang ni mmg xde rasa malu, nk berkawan dgn org cukup mudah. Diorang terlalu menghargai persahabatan sampai ego sendiri tiada. Sebab tu derang terjebak.

  1. SaiF HaQiem
    May 27, 2009, 11:10:00 AM

    jgn kita menilai seseorg hanya melihat pd ksah silam mereka..semua org pernah melakukan kesilapan..beri mereka peluang..mereka juga manusia biasa seperti kita...

  1. cdaaha@yahoo.com.my
    Jun 5, 2009, 10:34:00 AM

    pose muka dia je

Post a Comment