twitter

sakit aku semakin beransur pulih. tekak aku tak lagi perit, loya2. aku dah boleh makan seperti biasa cuma dalam kuantiti yang sikit..selera aku masih di tahap rendah..
beberapa hari diam tanpa kata2, kini aku kembali meluahkan segala yang terpendam di hati aku ini. selama 'pertapaan' aku beberapa hari ini, hati & fikiran aku tidak pernah berhenti menilai kembali diri aku sendiri..siapa aku?? apa yang aku cari?? mengapa aku jadi begini?? semua persoalan yang timbul hadir tanpa jawapan yang pasti & meragukan hingga menyesakkan setiap rongga pernafasan aku. mungkin aku tidak bijak @ buta dalam menilai diri aku sendiri. pada kanta mata aku, diri aku sudah cukup baik, cukup hebat, cukup bagus, cukup dari segala yang cukup. aku terlalu gah & bangga dengan diri aku sendiri hingga kadang2 aku lupa siapa aku?? dari mana aku??..hingga adakalanyer juga membuatkan orang2 disekeliling aku berasa jelik, muak, loya melihat diri aku..tapi aku tetap begitu. tiada apa yang berubah..pada yang faham mungkin mengerti diri aku tapi pada yang tidak kenal, pandangan selalu terpesong. sukar untuk di gambarkan diri aku melalui kata2..jiwa & hati aku perlu diselami untuk jauh di fahami, untuk jauh dimengerti, untuk jauh dikenali..
bagaimana perjalanan kehidupan kini?? bahagia? gembira? tenang? muram? sedih? @ tak ada apa2..aku pun tak pasti. diri aku ibarat pembaris plastik yang boleh dilentur ke kiri & ke kanan..bermakna perjalanan seharian hidup aku berubah mengikut arah lenturan..susah untuk difahamikan?? orang kata kebahagiaan, ketenangan & kegembiraan akan hadir jika hati kita bersih dari segala kebencian, rasa dendam & yang penting ikhlas dalam memberi & menerima..betol ke?? aku tak pasti sama ada hidup aku selama ini berpaksikan keikhlasan @ tidak. mungkin aku sekadar 'berteater' untuk menutup yang hitam agar tampak putih di mata orang lain. sedangkan hakikatnyer hidup aku lompang, kosong. ibarat seperti tin yang berkarat. penuh dengan kebencian & dendam kesumat. ibarat virus bahaya yang pantas membiak hingga mampu memakan diri aku sendiri. mungkin tak terlihat di mata tapi sikit demi sikit, jika tidak dibendung segalanyer akan merebak menjadi darah daging & pada ketika itu, mampukah aku untuk berubah??
hidup ini tidak pernah sunyi dari dugaan & cabaran. setiap dari kita akan sentiasa diuji. bezanyer cuma besar @ kecik, lambat @ cepat ujian yang perlu kita hadapi. aku tidak terkecuali..dari aku kecik sampai la umur aku dah menjangkau usia 24 tahun, macam2 dugaan & cabaran aku dah tempuh..tapi persoalannyer, redhakah aku melalui setiap halangan yang diperturunkan?? ikhlaskah aku menerima setiap cabaran yang mendatang?? ucapan syukur kerapkali terungkap dibibir tetapi selarikah ia dengan bisikan hati aku ini?? bohonglah andai aku mengaku diri ini tak pernah merungut, tak pernah menyesal, tak pernah mengeluh..aku bukan Malaikat, aku bukan Nabi. aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan & dosa. fitrah manusia kadang alpa siapa dirinyer. jika semua manusia sama, dunia ini tidak bercorak & berseni..
mampukah aku berubah?? dari sifat jahat ke baik, dari negatif ke positif..bolehkah aku menjadi seperti manusia lain, hidup gembira, hati tenang dengan penuh rasa kesyukuran tanpa ada rasa benci & dendam..berupayakah aku melupakan segala2nyer?? menghapus segala virus yang telah memakan diri aku selama ini..masihkah ada kesempatan untuk aku?? jika ada, bagaimanakah caranyer?? ajari aku, bimbingi aku agar aku dapat merasai kemanisan hidup di dunia ini. biarpun hanya untuk sesaat kehidupan..berilah aku ruang & peluang itu..
SaiF'4eveR
27 April 2009 | 2 KoMeN |

2 KoMeN:

  1. LeaLyanna
    Apr 29, 2009, 11:12:00 PM

    wei...bagus ko jadi penulis skrip mcm maksu. ko duet ngan dia...tak pun wat cerpen ke..

  1. SaiF HaQiem
    Apr 30, 2009, 9:54:00 AM

    idea yg bernas..TQ...kalau da rezeki & dah tersurat aku jadi penulis cerpen o skrip tak salah utk mencuba...

Post a Comment