twitter

picture kenangan staff HK masa hang out main bowling
tanggal 31 Mac 2009, tamat dah kontrak perkhidmatan aku dengan hotel, tempat aku mencari rezeki selama 4 bulan sebelum ini. rasa begitu sekejap je aku bekerja di hotel tu. banyak kenangan manis, pahit, masam, masin & tawar aku bersama2 dengan staff hotel exspecially staff HK..korang semua best...
bekerja di hotel banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar..dari sorang yang penakot, aku menjadi lebih berani, dari sorang yang tak pernah hidup susah, aku mengenal erti kesusahan, dari sorang yang cuai, aku menjadi sorang yang lebih berhati2 & yang penting dari sorang yang lemah, aku bina kekuatan dalam diri aku ini. semuanyer aku kutip & belajar selama aku memegang status sebagai sorang staff HK..
terima kasih kepada semua staff hotel yang beri aku peluang untuk mengenali & bekerja di sana selama 4 bulan. agak sedih untuk berhenti dari situ tapi aku terpaksa. namun aku tak kan pernah melupakan tempat aku mencari rezeki selama ini. di sini segalanyer bermula..
ADMIN
kepada Mr Vincent, Mr Das, Mr Foo, TQ kerana percaya & bagi peluang kedua kepada aku untuk bekerja di situ semula..aku amat menghargainyer..
FRONT OFFICE
kepada Nisha, auntie Lily (opps..hehehehe), Rubena, Jessy, Hafiz, Ravind, Ishla & Nora, TQ jugak kerana terima aku sebagai salah sorang daripada pekerja di hotel tu. walaupun kita dari department lain & tak rapat tapi aku senang bergaul dengan korang semua. cuma malu sikit je..hehehehe..pada Ishla, aku suke tengok muka & mata mu..secantik orangnyer..sejuk mata memandang.mata mu mampu memanah jantung setiap insan yang bergelar lelaki. nasib baik la mu dah berpunyer..kalau tak...hehehehe..buat Nora jugak, kehadiran mu dengan pakej yang lengkap menggegarkan naluri lelaki aku ni..bukan tu je, kiranyer semua la bergegar..hehehehe..berbekalkan wajah yang cantik, putih kuning, gebu, montok & manja, menggoyangkan iman aku ni..sebab tu aku sering menggelak dari merenung matamu setiap kali bercakap. risau & bimbang jika dirimu jadi santapan mata syaitan aku ni..hahahahaha..
SECURITY
kepada uncle Subra, pak cik Rani, pak cik Iskandar, pak cik Fahmi & Wan, TQ untuk kerjasama yang diberikan sepanjang aku bekerja di hotel tu. rasanyer tak wujud sebarang masalah antara kita. buat Wan terus la berangan & nasihat aku kurangkan bercakap sebab bukan aku je tapi semua staff dah bosan dengar celoteh mu yang tak ada nokhtah tu..huhuhuhuhu..(Wan ni pemuja setia aku..bengong jadikan aku sebagai admire..macam dah tak ada orang lain..tapi best gak bila ada orang admire kat kita ni..rasa macam orang glamour je..hehehehe)
HOUSEKEEPING
istimewa buat Kak Ina, Kak Zah, Zalie, Ekien, Yana, Mat, Asz, Kak Long..tak lupa jugak pada staff baru Hakim, Hafiz & Asraff..terima kasih kerana terima kehadiran aku di department ni. thanks untuk tunjuk ajar yang diberikan & kesabaran dalam melayan kerenah aku ni. aku amat hargainyer. sejujurnyer aku gembira kerana dapat mengenali & bekerja dengan korang semua..korang memang best..aku tau korang mesti rindu ngan aku nanti..hehehehehe.sori kat korang gak, aku tau ada yang tak puas hati dengan aku exspecially dalam bab2 yang berkaitan dengan keje..aku tak pernah kene 'warning letter' macam korang kene..jangan jeles..hehehehe..bukan salah aku..semuanyer nasib daaa..ahakzahakzahakz..
pada Kak Ina, TQ coz sudi ambik aku bekerja & tahan dengan kerenah aku ni. mesti kak ina sakit jiwa dapat pekerja macam aku ni & kalau da 10 orang dah tentu2 masuk wad giler..hehehehe..tapi aku tahu kak ina penyabar orangnyer. TQ jugak kerana banyak support aku selama ni. kak ina ni dah berkawin, ada anak tapi berjiwa remaja..hehehehe..mungkin sebab dia nampak muda lagi sebab tu tak kisah sangat kalau bergaul dengan kita orang yang muda remaja ni..huhuhuhu..lagi pun awet muda tu muka kak ini ni..asyik telan sayur je tiap kali lunch..tu yang awet muda..hahahaha..time keje kak ini ni sorang yang tegas tapi masih ada kelembutannyer. sebab tu aku tak takot..hehehehe.tapi aku still hormat kak ina as my supervisor..huhuhuhu..ketua kene la hormat beb..jangan jadi kuang ajaq..
Kak Zah pulak rakan sekerja yang paling best. senang berkawan dengan dia ni. banyak citer boleh di share & kak zah pun tak keberatan nak berkongsi ceriter pengalaman hidup dia & bagi nasihat yang perlu pada aku. dalam banyak2 staff aku paling rapat dengan kak zah.. banyak perkara yang aku kongsi dengan dia..ibarat seperti ayat ni la 'rahsia mu dalam poket ku, rahsia ku dalam genggaman mu' hehehehe..kak zah ni pun dah berpunyer. dia milik kekal abg polis & 5 orang anaknyer. nampak je macam tu tapi jiwanyer macam remaja jugak la..boleh 'kamching' dengan kita orang yang belum pun mengenal erti 'malam pertama'..ahakzahakzahakz..
Zalie, mamat yang datang dari kepulauan borneo, sabah..memegang status laki orang jugak..baik orangnyer..orang sabah ni memang baik2 belaka semuanyer..jarang sekali aku jumpa orang sabah yang sombong..semua peramah..zalie ni pun macam aku jugak, bekerja mengikut kemampuan..hehehehe..ada jugak keje yang susah, dia ajar aku supaya jadi mudah..hehehe..keje pe la tu ek???..TQ zalie 4 helping me sepanjang aku bekerja di sana. zalie sorang yang cekal & tabah hati. bukan senang hidup merantau ni tapi dia tetap cool je. mempunyai cita2 & impian yang besar. bila aku dengar tentang cita2 & impian dia tu, aku rasa tak mustahil dia boleh mencapainyer & aku jugak yakin dia boleh berjaya jika apa yang dihajatinyer itu terlaksana. aku doakan zalie berhasil mengejar cita2 & impiannyer tu..jauh betol mamat sabah ni fikir..boleh jadi PM malaysia dia ni..hehehehe..
Ekien pulak boleh dikira 'hot mama' dalam department tu la sebab dia ni kawin dalam usia yang muda. so sekarang dah ada 2 orang cahaya mata tapi perangai tak macam mak budak..hahahaha..ekien ni la teman gadoh aku, teman bertepuk tampar aku, teman bergurau senda aku..kalau bergurau dengan dia ni tak pernah la gurauan yang berklasifikasikan 'umum', semuanyer '18sx'..hehehehe..nasib baik la aku ni jenis open minded..makin melarat2 la jadinyer..kalau dihimpun balik gurau dia & aku, boleh bikin filem '18sx'..hehehehehe..'hot mama' ni tabah orangnyer, maklumlah dah ada anak kene la tunjuk kuat depan anak2..kalau lemah macamne la nak mmbesarkan anak2 dengan baik. sebab tu dia kene jadi 'superwomen'. tambah pulak laki dia sekarang ni dah duduk jauh.lagi la kene cekal..aku respect dengan ekien ni..
Yana, staff yang sebaya dengan aku. TQ k jadi trainer aku masa 1st time aku masuk keje dulu. banyak yang mu ajar aku. ada yang baik & ada yang negative..hehehehe..cita2 yana ni sama macam aku sebab tu kita orang boleh sekepala..cuma rezeki je belum berpihak pada kita orang tapi semangat kita orang tak pernah luntur dalam mengejar cita2 kita orang tu..tak tahu sape yang akan capai dulu cita2 tu..kita tunggu & lihat je la..huhuhuhu..dah nama pun sebaya, dah sah2 pemikiran dia lebih kurang sama je dengan aku ni..cuma dia ni nampak matured sikit..mungkin sebab dia dah lama jadi pekerja setia hotel tu..anak emas Mr Das la katakan..hehehehe..
Mat, sorang pekerja yang komited dengan keje. apa yang aku nampak, jiwa & raga dia diserahkan sepenuhnyer pada hotel tu. memang pekerja yang setia.. aku tabik spring la kat mu..toingtoingtoing...(nampak tak??)bukan semua orang boleh jadi macam dia ni..aku pun tak sanggup nak fikir pasal keje bila dah balik ke rumah tapi mat ni tak..otak dia asyik fikir pasal keje je..memang giler keje dia ni...kwahkwahkwah..umur mat ni muda lagi, baru 20 tahun tapi cara dia bekerja mengalahkan orang dewasa..lagi 1, kalau bekerja dengan dia ni, memang aku surrender..penat siot..laju macam robot..pelik aku dia ni..tah mana tah dapat tenaga..ilmu apa tah dia tuntut kat gunung semanggol tu..heheheehe..memandai je aku ni..1 thing yang aku suke pasal mat ni, dia sorang yang suke buat joke. walaupun kadang2 lawak dia nampak sengal tapi mampu buat semua staff HK ketawa..itu kelebihan dia..tak la tension sangat staff2 HK..
tu la serba sikit tentang staff HK..ini je cara untuk aku mmberi penghormatan & penghargaan kepada dorang semua yang sudi terima serta memberi tunjuk ajar pada aku sepanjang aku bekerja di situ..TQ so much guys..harap hubungan yang terjalin antara kita kekal berpanjangan..jangan dilupai aku..hehehe..ada masa kita hang out sama2 k..doa2kan aku agar mencapai cita2 & impian yang dah lama terpendam di lubuk hati aku ni..huhuhu..aku di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk korang semua..amin..stay cool k..jaga hotel tu baik2..hahahaha..
alamak dah terpanjang sudah entry kali ni..better aku stop dulu..kalau tak lagi berjela2..kepada semua pembaca Blog aku, terima kasih kerena sudi meluangkan masa membaca coretan aku..teruskan membaca untuk next entry..jumpa lagi..salam semua..
SaiF'4eveR
07 April 2009 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. eDa haDIAron
    Apr 10, 2009, 2:37:00 AM

    yana ke tu...tudung putih
    sebelah tudung biru..
    rindunye kat die..

Post a Comment