twitter

salam..tepat 12.01 minit pagi, 1 Mac 2009, naik lagi 1 tangga umur aku. diam tak dia, sedar tak sedar, ingat tak ingat, dah cecah angka 24 & selama itu jugaklah aku dah bernafas di atas bumi ciptaan ALLAH swt ini. bersyukur aku ke hadrat Ilalhi atas usia & kesihatan yang di berikan kepada aku.
jika diimbas kembali sejarah perjalanan kehidupan aku, dari kecil hinggalah aku besar panjang ni, macam2 dugaan, ujian & rintangan telah aku harungi, telah aku lalui. perit & penat.. itu saja yang mampu aku ungkapkan..huhuhuhuhu. aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mampu terus bertahan & mengharunginyer dengan tabah & kuat. namun di sebalik ketabahan & kekuatan itu, hati aku sering menangis mengenangkan liku2 hidup yang semakin mencabar & kejam ini. biarpun menangis hiba namun diri aku tetap redha dengan segala ujian yang mendatang & memohon agar akan ada kebahagiaan & kegembiraan di akhir penceritaan hidup aku. memang ada..aku pernah mengecapi kebahagiaan & kegembiraan namun terlalu singkat masanyer. ibarat seperti mentari pagi yang baru hendak menyelerakkan cahayanyer keseluruh alam, lalu datang sang awan gelap melindungi & menghalangi serakan cahaya itu. aku pasrah & redha dengan takdir yang telah ditentukan. & aku juga percaya akan ada pelangi indah menemani kebangkitan sang mentari. bila..?? aku sendiri tidak tahu..cuma aku harus kuat, tabah, tekad & redha.
memetik kata2 abg adi....aku kene terima takdir. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali diri kita sendiri ingin mengubahnyer..aku harus kuat..jangan difikir perkara yang telah lepas..merancang perkara yang akan mendatang..terima kasih abg untuk kata2 motivasi itu..
aku bukanlah seperti orang lain. dapat apa yang dimahukan, peroleh apa yang diimpikan. mereka beruntung & bertuah. tapi aku tidak. aku perlu melepasi setiap halangan & tekanan dengan usaha yang gigih untuk mendapatkan apa yang aku mahukan, untuk memperolehi apa yang aku impikan. jika tidak, aku pasti terkandas..
aku juga manusia biasa yang penuh dengan kehinaan. tidak terlepas dari melakukan kesalahan & kesilapan. namun aku berusaha untuk tidak mengulangi setiap kesalahan & kesilapan untuk kali yang kedua. biarpun terkadang aku tetap memilih untuk melakukan kesalahan & kesilapan yang sama. fitrah manusia. tidak pernah untuk cuba belajar dari pengalaman. aku akuinyer..
walaupun diri sering dihimpit dugaan & ujian, namun aku tetap beruntung & bersyukur kerana diberikan serta dikurniakan keluarga & sahabat2 yang banyak membantu & menyokong aku tanpa ada rasa jemu..sedih & duka bersama, susah & senang dikongsi. aku amat bertuah memiliki mereka semua. tak terbalas jasa & budi mereka semua. hanya Tuhan saja yang mampu membalasnyer. terima kasih semua..seikhlas hati, aku amat menyayangi & sentiasa berdoa agar kalian semua dalam keadaan baik & sejahtera di dunia mahupun akhirat..
sebelum aku mengakhiri entry kali ini, aku ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mengingati hari yang penuh makna bagi diri aku ini. terima kasih atas ucapan & kata2 semangat yang diberikan. maaf kerana aku tidak berupaya untuk menaip 1 per 1 nama di sini..terlalu ramai..maafkan aku..sama seperti semua, aku turut mendoakan kesejahteraan & kegembiraan dunia akhirat. semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal abadi..insyallah...
wasalam...
SaiF'4eveR
01 March 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment