twitter

suasana semalam muram semuram muramnyer. mood aku masih tahap merah. aku cuba untuk mengurangkannyer tapi tak berdaya. fikiran & hati aku telah dikuasai oleh perasaan. tak ada apa yang dapat aku lakukan melainkan membiarkanyer reda sendiri.
pagi semalam aku pergi settlekan bil phone aku. adush...bankrapsi aku..bil bulan lepas melambung tinggi. huhuhuhu..nak tak nak kene jugak bayar separuh. kalau tak harus la line phone aku kene block. then aku ke kedai kek, cari kek untuk ayah. semalam birthday ayah. before ni aku tak berpeluang nak belikan kek @ hadiah untuk ayah & mak sebab aku tidak mempunyai income lagi. tapi sekarang ni dah ada income, apa salahnyer aku keluarkan duit aku untuk mereka walaupun tak banyak.
bila mood tak baik, aku mula la nak cari ketenangan di luar. tengahari aku keluar ke town. saje nak bawak diri. macam biasa aku pergi pun naik bas bukan dengan kenderaan persendirian. aku lebih selesa begitu bila keadaan diri tak stabil. pada yang mengenali rapat diri aku ni, mereka pasti tahu bagaimana cara aku mencari kedamaian jika aku kerungsingan. aku sanggup berjalan di bawah terik matahariku, menunggu bas yang kelajuannyer mengalahkan kura2 berlari semata2 untuk meredakan hati aku, mengembalikan ketenangan dalam jiwa aku. di dalam bas, fikiran aku melayang entah ke mana. sedar2 dah pun sampai di town.
1st sekali aku berejalan kaki ke Kamdar. gedung membeli-belah pakaian yang sebelum ni aku jarang jejakkan kaki. pada aku Kamdar bukan ada apa2 pun. nak lepak pun, tak selera. keliling baju2..tapi entah nape hari ini hati aku terlonjak2 nak masuk sangat Kamdar tu. mengikut gerak hati, aku pun melangkah masuk. seperti yang dijangka, tak ada apa yang menarik. aku juz cuci mata melihat pakaian yang dipamerkan. semuanyer aku tak berkenaan. tapi bila sampai kat bahagian baju kemeja, ada sehelai yang buat aku tertarik untuk membelinyer. fikir2 boleh jugak pakai masa konvo nanti. after fitting baju tu, aku tanpa teragak2 terus pergi bayar. susut duit aku lagi. keluar je dari situ, aku terus ke bank, cucuk duit lagi. surut duit dalam bank aku.
kaki aku terus menapak menuju ke Ipoh Parade pulak. sambil2 berjalan mata aku meliar memerhatikan gelagat manusia. macam2 ragam, macam2 perangai, macam2 fiil. tapi aku suke memerhatikannyer. terlintas kat fikiran aku ni, adakah mereka semua sama macam aku, tertekan, rungsing, resah, gelisah, masalah datang bertimpa2..samakah mereka dengan aku?? entah la...
kebetulan ketika aku sedang menuju ke IP, budak2 sekolah baru tamat sesi persekolahan. teringat kenangan zaman sekolah dulu. menyesal pun ada sebab tak belajar rajin2. kalau tak, tentu aku tak jadi macam ni..hurmm..
sampai di IP, aku berjalan2 ke bahagian t-shirt..satu per satu aku belek. dari 1 jenama ke jenama yg lain. semua aku tengok, yang mana aku berkenan aku try dulu, posing dalam fitting room..dah puas, baru aku buat pilihan. aku beli 2 helai baju & stokin..terbang lagi duit aku. kemudian aku jalan lagi..nampak pulak seluar trek..aku pun try tapi tak jadi beli..macam tak sesuai je ngan aku..selamat duit aku. kaki aku terus melangkah singgah pulak kedai buku. cadang nak tengok2 je..berjam2 belek buku2 yang ada..lastnyer beli jugak buku tulisan HM TUAH. tah sejak bila timbul minat ngan buku2 yang dihasilkan oleh penulis ini. tapi yang aku pasti, aku dah mula jatuh cinta dengan hasil tulisannyer sejak di perkenalkan oleh x-roomate aku dulu.dia rajin beli buku2 HM TUAH ni..hangus duit aku lagi..kemudian aku berjalan2 pulak kat pameran barangan dari Thailand. kebetulan negara tu sedang mengadakan pameran & jualan barang2 buatan negara mereka. terpandang key-chin, cantik. ingat nak beli tapi sayang warna kegemaran aku tak ada & tukang ukirnyer pulak tak datang, so tak boleh nak buat tempahan. aku batalkan niat aku nak beli key-chin tu..selamat duit aku..aku terus ke Guardian cari barangan keperluan aku..dekat kedai ni, aku terus capai je apa yang aku nak beli. malas nak belek2 lagi..bukan ada apa2 pun..lebur duit aku lagi..
selesai tawaf satu bangunan aku terus keluar. niat nak ke The Store,GM pulak tapi aku batalkan niat aku tu sebab kaki aku dah mula sakit2. kesian kaki aku. sepatutnyer semalam hari untuk kaki aku rehat. yela keje sebagai HK memerlukan banyak pergerakan. tiap2 hari kaki aku lenguh. tapi semalam aku paksa jugak kaki aku untuk bersenam..kesian kaki aku..kejam betol aku ni..
dalam bas aku, macam biasa aku duduk termenung. macam2 yang aku fikirkan. dalam2 berfikir tu aku tengok balik barang2 yang aku borong tadi. banyak jugak..rasa menyesal pulak..sepatutnyer time ekonomi tak berapa nak baik ni, aku kene berjimat-cermat. pandai simpan duit. tambah pulak untuk hari konvo nanti. tapi hari ni, aku seakan lupa semua tu..aku sepatutnyer berbelanja mengikut akal bukan akal mengikut perbelanjaan kita. kalau akal ikut diri kita, macam ni la jadinyer..
teringat kata2 abg ryan..dia kata aku ni sorang yang membazir..tak pandai nak berjimat-cermat. sepatutnyer aku hidup secara sederhana macam dia. tak perlu nak beli baju yang mahal2. asalkan boleh pakai, kemas & menarik..tu sudah memadai..tapi aku ni...tah la..bukan tak cuba nak berubah tapi macam dah sebati dengan diri..rasa semacam kalau aku keluar tak beli barang..tambah pulak dalam keadaan mood tak baik.. lagi la giler aku..aku tak fikir panjang..yang berkenan dihati aku terus beli..tapi aku akan cuba jugak untuk belajar berjimat..cuma tak pasti bila aku akan pandai berjimat-cermat..
sampai rumah dah petang..after makan aku pun berehat2 melayan 'baby boy' aku tu..walaupun penat tapi aku gagah jugak la diri ni nak main2 ngan dia tu..barang2 yang aku beli pulak semua aku campak atas katil..macam tak teruja pulak nak mencuba sekali lagi..huhuhuhu..
macam ni la keadaan aku kalau tak ada mood & macam ni la caranyer aku nak cari kedamaian di hati..bunyi macam teruk tapi aku puas..kurang sikit beban yang aku tanggung..keluar dengan bas, berjalan kaki dari satu tempat ke tempat,perhatikan alam dunia, diri aku seakan dapat membuang jauh semua kekusutan ke luar sana..semua kerungsingan, keresahan, kekusutan, keserabutan aku tinggalkan di dalam bas, di tepi2 jalan & di shopping complex..aku balik dalam keadaan yang lebih relax..walaupun tak hilang sepenuhnyer tapi at least hati & perasaan aku tak la seperti hari sebelumnyer..cuma aku kene ambik masa untuk kembali seperti biasa. itu je..pada yang kenal rapat dengan aku, mereka tahu aku macamne, mereka kenal sape aku ni..
adioss...
*pesanan - jangan cuba untuk try cara ini..tidak baik untuk duit anda..ada cara yang lebih baik untuk menghilangkan moody anda tu..
SaiF'4eveR
11 March 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment