twitter

salam semua..entry hari ni aku nak share dengan korang pendapat aku tentang 'problem'..dah lama aku fikir hal ni & kebetulan pulak hari ni aku pun tak ada idea/kata2 untuk diluahkan di dalam ni. so aku pilih la tajuk ni..aku harap isu hari ni berguna untuk korang semua..
aku rasa semua orang di dalam dunia ni, tak kira la ceruk mana dia berada, utara selatan, timur barat, mesti pernah mengalami masalah. tak banyak, sikit pun mesti ada masalah. selama aku hidup di dunia ni belum pernah lagi aku dengar orang kata yang hidupnyer tak pernah mengalami sebarang masalah, sentiasa hidup gembira & bahagia. bohong la kalau ada yang cakap macam tu..dari baby, sampai la yang dah berumur, semua ada masalah. semua akan & pernah mengalami masalah. betol tak apa yang aku katakan ni?? mesti la betol sebab apa yang aku bagitau tu semua fakta bukannyer auta..hehehehehee..
pernah tak korang terfikir @ terperasan, setiap kali ada masalah mesti kita akan mintak tolong dari orang lain??tak pernah pun masalah sendiri, kita settlekan sendiri.. mesti nak jugak bercerita dengan orang. tak dapat tolong banyak, sikit pun jadi la..tak dapat settlekan masalah, jadi pendengar pun cukuplah. asalkan ringan sikit beban untuk ditanggung..perasan tak?? mungkin ada yang diluar sana menyangkal kata2 aku ni tapi pada aku mereka tu sebenarnyer tak sedar.semua insan memerlukan seseorang untuk berkongsi cerita. tak payah la nak berlagak tunjuk hebat.senang aku bagi contoh la. Si A tak ada duit, tapi buat muka macam tak ada masalah. dalam duk sembang2 dengan Si B, dia terlepas cakap yang dia sesak bulan ni. walaupun Si A tak cakap secara direct & also tak mintak pinjam duit dari Si B tapi secara tidak sengaja Si A dah tercakap pada Si B tentang masalahnyer..bukan ke itu namanyer kongsi masalah?? mesti rasa lega & ringan beban yang ditanggung dalam hati..nampak tak??sedar tak?? sekarang percayakan yang setiap orang di dalam dunia ni tak kira lah sape dia, mesti akan mencari teman berbicara bila di timpa masalah.
ok rasanyer dah settle kot bab tu..kita beralih pulak ke bab yang kedua. masih ada kaitan dengan masalah jugak..aku selalu nampak kadang2 problem orang lain kita boleh tolong settlekan tapi kenapa bila sampai problem sendiri, kita tak pernah nampak jalan keluar. mesti tersangkut dalam dilema. bila dah tak mampu nak settlekan masalah kita tu, jalan paling mudah, biarkan masa yang menentukan..betol ke masa tu ubat paling mujarab untuk selesaikan semua masalah?? sedangkan kita sendiri tahu masa tu sentiasa berputar & berganti. tak pernah sekali pun terhenti..(kecuali jam rosak la..hahahahahaha)..kalau hari ini kita fikirkan masalah kita, ada ke masa akan berhenti untuk membantu kita?? dapat ke masa berputar balik ke asal, kembali seperti sedia kala?? tak pernah sekali pun berlaku dalam sejarah. tapi kenapa kita selalu mengharap pada masa?? kenapa tak berusaha dengan yakin & tekad, kemudian berserah pada takdir. itukan lebih afdal dari duduk menunggu masa & terus memikirkan masalah kita tu..kalau macam tu belum tentu esok @ 5 tahun akan datang problem kita tu akan settle.. cayolah cakap eden ni hah...
renung2 kan & selamat beramal...hehehehehehe
salam sayang
SaiF'4eveR
03 March 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment