twitter

nape wujudnyer rasa ego dalam diri setiap manusia?? jawapan aku simple..ego itu wujud apabila seseorang itu merasakan dirinyer sudah cukup bagus, cukup hebat, cukup baik hingga menganggap orang disekelilingnyer lemah, hina & tidak cukup cerdik. semakin tinggi ego seseorang itu, semakin besar kesilapan yang dilakukannyer...
sejak aku bekerja di department HK ni, aku banyak belajar erti kesusahan, kesabaran, kerjasama, saling menghargai, perkongsian, bertanggungjawab & persahabatan. jika dulu nilai2 ni mungkin tiada erti bagi aku namun kini baru aku sedar betapa ego aku telah memakan diri aku sendiri. andai dulu aku terlalu ego & bangga dengan apa yang aku miliki, aku tidak pernah peduli tentang perasaan orang lain, aku tidak peduli dengan kehadiran orang disekeliling aku. pada yang 'berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah' aku singkir ke tepi..memilih yang tebaik antara yang terhebat, mendabik dada, menongkat langit kebanggaan. tanpa aku sedari ada mata2 jelik yang memandang aku, ada mulut2 jijik yang mengata aku. betapa ego & sombongnyer aku ketika itu..walaupun hakikatnyer rasa itu hanya menggantung diri aku sendiri. kini aku sedar..hidup ibarat putaran roda. adakala di atas, adakalanyer jatuh di bawah..hari ini aku ingin bersama berkongsi rasa ego & kesilapan aku dengan korang semua..bukan tujuan untuk 'membuka pekung di dada' tapi apa yang aku harapkan, entry kali ini dapat menjadi ikhtibar kepada korang semua..jangan ulangi kesilapan yang sama..
#kesusahan
-aku tidak pernah terfikir betapa susahnyer untuk mencari rezeki. dulu aku selalu ingat, kalau ada keje adalah duit. betapa aku egonyer mempertahankan kenyataan itu. tapi aku tidak sedar, susahnyer untuk mencari duit itu..harus tabah & cekal..jika ada keje tapi tiada usaha yang gigih, duit tidak akan turun dari langit begitu saje walaupun berbekalkan dengan ijazah di tangan..pada hari ini aku mengerti. betapa payahnyer bekerja, berpenat lelah semata2 untuk menunggu hasil dihujung bulan..memang perit, amat seksa..
#kesabaran
-aku dulu seorang yang panas baran. pantang ditegur @ silap sikit, aku pasti akan melenting. yang pasti amarah tu aku akan lampiaskan pada orang disekeliling aku. malah boleh jadi dendam. tapi kini tahap kesabaran semakin menebal. bekerja sebagai HK memang menuntut kesabaran yang tinggi. jika tidak sabar pasti aku akan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnyer terjadi hingga mengundang tanggapan tidak baik pekerja lain..
#kerjasama
-bekerja sebagai 1 pasukan bukan saja akan memudahkan kerja yang dilakukan malah mampu mengeratkan hubungan antara 1 sama lain..tapi persepsi aku dulu, tanpa orang disekeliling aku pasti mampu berjaya. yakin boleh berdiri di atas kaki sendiri. sebenarnyer aku silap..kejayaan aku pada hari ini adalah hasil sokongan & kerjasama yang diberikan oleh orang2 yang amat menyayangi aku..tanpa mereka aku tidak akan berada di tahap hari ini..begitu juga ketika memegang status HK maid. kerjasama yang diberikan oleh semua pekerja banyak membantu aku. jika tidak aku pasti tidak dapat bertahan hingga ke hari ini. bukan mudah untuk menjadi seorang HK..
#saling menghargai
-jika dulu, aku jarang menghargai orang2 yang hadir dalam hidup aku. tambah pula jika insan yang datang itu bukan yang terbaik, terhebat & terbagus. aku hanya pejamkan mata. namun kini, taraf sosial, budaya & bangsa bukan lagi ukuran di department HK. semuanyer adalah sama & setaraf. belajar untuk menghargai 1 sama lain demi menutup kelemahan & kekurangan yang kelihatan agar staf HK tidak dipandang rendah oleh department lain..
#perkongsian
-perkataan kongsi cukup membuat aku loya mendengarnyer. tidak wujud istilah perkongsian dalam kamus hidup aku dulu. tapi kini, department HK telah membuka mata aku tentang erti sebenar perkongsian. tidak lokek untuk memberi & menerima antara 1 sama lain..rela menghulur & menyambut antara 1 sama lain..besar makna 'perkongsian' itu dalam diri aku sekarang ni..
#bertanggungjawab
-1st time bekerja sebagai HK aku selalu merungut siap carut mencarut, sumpah seranah ketika bertugas. tapi kini sikap itu semakin pudar terhakis. aku dapat mengawalnyer kerana aku tahu ini tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. aku yang memilih jalan ini. aku harus menerimanyer dengan rela tanpa ada sebarang sungutan. aku di bayar gaji & dengan duit itu jugak aku gunakan untuk hidup. ini rezeki yang Tuhan berikan pada aku. aku harus bersyukur..
#persahabatan
-memandang rendah pada yang tidak sekhufur sudah sebati dengan diri aku. rela menolak bantuan yang dihulurkan jika prtolongan itu dari mereka yang pada aku tidak layak untuk berjalan beriringan dengan aku. betapa cacatnyer keindahan diri aku ketika itu. namun kini aku sedar..semua manusia adalah sama..darah yang mengalir dalam setiap tubuh manusia adalah berwarna merah sama seperti warna darah yang ada di dalam badan aku ni. setiap manusia yang wujud, dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa sama seperti terciptanyer aku. harta, darjat & kebijaksanaan hanya pinjaman sementara..tiada yang kekal. bekerja sebagai HK telah membuka hati aku untuk menerima seadanyer setiap individu yang aku kenali..juga menerima baik buruk, lebih kurang seseorang itu tanpa menilainyer dari luaran semata2 tetapi melihat ke dalam hatinyer..ada ketikanyer mereka adalah pendamping yang setia di kala keresahan..peneman yang rapat di kala kerungsingan..
untuk itu, aku buang jauh semua keegoan aku demi menebus kembali kesilapan aku yang dulu..
terima kasih Tuhan kerana masih memberi aku peluang untuk merasai nikmat hidup di dunia ini. sesungguhnyer Engkau lebih mengetahui apa yang aku tidak ketahui...
salam sayang
SaiF'4eveR
13 March 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment