twitter

dah beberapa hari aku tak update Blog aku ni. entah nape setiap kali aku ingin menaip sesuatu di dalam Blog ini, fikiran aku menjadi tandus, kekeringan idea. jiwa aku menjadi kering, ketandusan ilham. seakan ada yang menghalang jari jemari aku untuk terus menaip seperti biasa. hari ini aku gagahkan juga hati ini untuk mengetuk2 keyboard laptop ni. aku paksa diri ini untuk mencoretkan sesuatu di dalam entry kali ini. tidak boleh tidak lagi..namun idea tetap tepu di dalam otak. puas aku fikirkan, nampaknyer aku gagal. makin aku berfikir, makin kusut, hati makin serabut, jiwa makin kabut. terlalu banyak masalah yang aku kira ujian & dugaan dari Yang Maha Esa untuk diri aku sebagai seorang insan yang hina lagi dina ini.

rungsing mengenangkan kehidupan aku kini, belum mempunyai pekerjaan tetap. pekerjaan yang mampu menjamin masa depan aku. memang sekarang aku sedang bekerja tapi berbaloikah aku memerah keringat, mengerah tenaga menjadi seorang housekeeping & pendapatan bulanannyer pulak tidak menentu, berbaloikah?? aku bukan memandang rendah, bukan jugak memilih tapi biarlah setimpal dengan usaha aku selama ini. dulu aku sanggup mengorbankan cita2 & impian aku walaupun pada hakikatnyer aku tidak memerlukannyer untuk mencapai cita2 & impian aku itu. namun demi ingin melihat kegembiraan ahli keluarga terutama mak & ayah, aku pejamkan mata seketika. 5 tahun aku menanti penuh sabar tapi kini apa yang aku dapat?? terasa seakan pengorbanan aku sia2 belaka. salahkan jalan yang aku pilih??

(Tuhan ampunkan aku jika aku tidak mensyukuri nikmat yang telah Kau berikan pada diri aku ini. bukan niat aku untuk menidakkan takdir-Mu. aku tahu apa yang Kau berikan ini sudah tersurat & tersirat sejak azali lagi. sesungguhnyer Engkau tahu apa yang aku tidak tahu. ampunkan aku..)

kini aku mula terasa dihimpit tekanan. tekanan yang membuatkan seluruh urat sendi aku menjadi lemah tak berdaya. dengan kadaan ekonomi yang kian merundum, aku kesempitan. tak tahu di mana & bagaimana untuk aku usahakan. teringat kembali kata2 sorang kenalan. dia ni bukan sape2 dengan aku, hanya sorang pekerja yang bekerja di salah sebuah pusat pentadbiran kerajaan. aku mengenalinyer juga secara kebetulan ketika aku dalam latihan praktikal. walaupun dia tidak sehebat mana, namun pengalaman & kata2nyer mampu menjadi panduan kepada diri aku dalam menempuh liku2 hidup yang semakin kejam ini. kata2 abg nol telah membuka minda aku untuk memikirkan akan kebenaranyer..

'hidup tanpa tekanan ibarat roda tidak berangin'

jika direnung dengan teliti kata2nyer itu, memang benar. tayar kereta yang kekurangan angin sememangnyer mampu bergerak dengan sempurna di atas jalan raya namun tidak selancar tayar yang mempunyai tekanan angin yang mencukupi. tekanan mendorong kita untuk berusaha mencari kesempurnaan agar perjalanan hidup ini menjadi lancar..tapi aku?? positifkah tekanan yang aku alami ini?? mampukah tekanan ini melancarkan perjalanan hidup aku?? susah untuk aku mencari jawapanyer. tekanan yang aku alami sepanjang penghidupan terlalu hebat, terlalu ampuh untuk aku tanggung. aku dah penat..

hati aku rungsing memikirkan nasib sahabat aku, aiman yang menjalani operation semalam. bagaimanakah keadaan dia?? aiman disahkan menghidap ulser usus. lukanyer semakin teruk hingga memerlukan dia melakukan operation segera. hebat betol dugaan ini. aku bimbang akan dirinyer. semalam sebak & sayu aku apabila menerima SMS dari dia sebelum masuk ke dewan pembedahan. dia sempat memohon ampun & maaf andaikata dia pernah melukai hati & perasaan aku. adush, sedih aku aku membacanyer. pada aku, dialah sahabat yang tidak pernah sekali pun menyakiti hati & perasaan aku malah menceriakan & menghiburkan diri aku ini. aku amat bersyukur kerana Tuhan menghadirkan dirinyer dalam kehidupan aku. walaupun baru mengenali dirinyer namun aku senang bersahabat dengannyer. jauh di sudut hati ini, aku berdoa agar dia selamat. tiada apa yang aku mahukan melainkan melihat dia sihat & gembira seperti selalu. buat aiman, aku disini ikhlas berdoa agar kau selamat menjalani operation & kembali seperti sedia kala. aku juga berharap kau kuat & tabah menghadapinyer. ingatlah Tuhan, kenangkan ibumu juga. aku sentiasa menyokong kau dari atas seperti mana kau menyokong aku. maafkan aku jugak kerana tidak dapat menemani mahupun melawat kau sepanjang di hospital. aku tidak berpeluang. kau sendiri faham bagaimana keadaan keje aku. maafkan aku aiman..

jiwa aku berselirat kusut. ditambah pula dengan keadaan kesihatan aku yang tak menentu sejak akhir2 ini. sakit lama kembali menyerang. namun aku kuatkan diri untuk terus bertahan. dalam pada itu, jiwa aku disebu dengan seribu pertanyaan. soalan yang pada aku seolah2 tidak mempunyai jawapan. apa yang yang aku cari dalam hayat ini?? apa yang aku mahukan dalam hidup ini?? jika dulu aku celik dalam menentukan arah hidup aku. dari sekolah rendah ke sekolah menengah, begitu terang hati aku menyuluh akal fikiran ini tapi kini diri aku seakan buta dalam celik. aku sendiri tidak nampak lagi arah tuju yang harus aku capai, cahaya yang harus aku kejar. aku sendiri seakan berdiri kaku tidak mampu lagi bergerak. di manakah silap aku??kadang2 terfikir, haruskah aku menjadi seperti dulu. berani mempertaruhkan nyawa ditangan sendiri. tidak mahu bergelut dengan tekanan aku mengambil jalan pintas. namun ternyata masa untuk aku belum lagi tiba. usia aku masih panjang..& kini mampukah aku bertahan menanggung segala ujian & dugaanNYA lagi?? aku bimbang jika tidak dikawal aku akan brtindak seperti dulu. memilih jalan singkat untuk mencari ketenangan. aku harap tidak. semoga ALLAH swt memanjangkan akal aku biarpun hanya untuk sejengkal agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan lepas. aku juga memohon agar ALLAH swt meringankan beban & mempermudahkan perjalanan hidup aku. aku ingin merasai hidup gembira & bahagia..

puas hati aku kerana dapat meluahkan segala2nyer hari ini. harap entry kali ini tidak di salah ertikan oleh sape2. ini sekadar luah isi hati aku yang terpendam sejak dua, tiga hari lepas..aku curahkannyer semua disini..bukan untuk meraih simpati tapi sekadar untuk bacaan umum..kalau ada ayat2 @ perkataan yang kurang menyenangkan, aku mohon maaf..aku manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

semoga berjumpa lagi..

salam.....

SaiF'4eveR


08 March 2009 | 1 KoMeN |

1 KoMeN:

  1. eDa haDIAron
    Mar 9, 2009, 9:23:00 PM

    jika doamu dimakbulkan,
    tandanya ALLAH menyayangimu,
    jika doamu lambat dimakbulkan,
    tandanya ALLAH ingin mengujimu,
    jika doamu tidak dimakbulkan,
    tandanya ALLAH merancang yang terbaik untukmu.

Post a Comment