twitter

mood aku memang tak baik..angin 1 badan..dari rumah terus ke tempat keje, aku moody. malas nak bukak mulut. buat hal sendiri. aku keje pun non-stop. tak berhenti pun untuk rehat sebab aku tak terasa pun macam nak makan. terasa malas sangat2. perut aku biarkan kosong. berbunyi2 perut aku ni tak henti2 sampai pedih perut aku. biarkan la. hati aku kalau dah down memang tak akan buat apa2 pun..
aku pun tak pasti nape sejak akhir2 ni aku sering jadi macam ni. walaupun aku tak tunjuk secara terang & nyata tapi aku pasti orang2 di sekeliling aku terutama yang rapat dengan aku tahu keadaan aku. kalau moody, aku memang akan banyak diam dari bercakap. kalau bercakap pun sekadar yang perlu. kalau ketawa pun sekadar untuk melayan. dalam hati, Tuhan je yang tahu. terasa macam plastik & hipokrit je diri aku ni..tapi nak buat macamne, dah memang diri aku macam ni..nak tak nak mereka kene faham, kene terima. kalau rasa tak boleh nak terima, tak boleh nak faham. boleh jalan..aku pun tak rugi apa2 & dorang pun tak akan untung apa2..
di rumah aku buat seperti tiada apa2 yang berlaku. cuma kurang berbual dengan family tapi tak bermakna aku diam seribu bahasa. aku still cuba jugak bercerita tentang perkembangan terbaru diri aku. walaupun sebenarnyer aku tak terniat nak bercerita itu semua pada family. sekadar untuk menutup rasa rungsing. aku tak mahu family aku perasan yang diri aku sekarang ni tidak stabil dari segi hati & perasaannyer. tapi aku tahu, family aku faham perangai anaknyer ini. kalau mengasingkan diri & diam membisu, mesti ada yang tidak kene. mereka pun tidak banyak bertanya.
di tempat keje pulak lain ceritanyer. mereka semua tak mengenali aku dengan rapat. mesti ada yang tertanya2 perubahan sikap aku sejak kembali keje di situ. biarlah mereka nak fikir apa pun. terus terang aku katakan, aku dah malas nak fikir pasal keje. hati aku dah semakin menolak untuk terus bekerja di situ lagi..hanya menunggu masa untuk aku angkat kaki dari situ. moody aku bertambah2 bila ada 2 staff baru yang aku rasa tak boleh untuk bekerjasama..aku & mereka tak sebulu..entah nape aku meluat, mual, loya & muak untuk terus bekerja di bawah 1 bumbung dengan mereka berdua. meluap2 rasanyer hati ini..entah la..selagi aku tak ganggu hidup mereka, jangan ganggu hidup aku..biarlah aku macam ni.
bersyukur pada Tuhan, sahabat aku Aiman selamat menjalani operation & dia semakin pulih..terima kasih juga pada Dia yang tak jemu2 menghantar SMS pada aku..TQ, Luv U..
malam ni aku masih seperti pagi tadi. moody..dalam tak ada mood ni, aku teruskan jugak untuk menaip entry ini. aku tak mahu biarkan Blog ini kosong seperti 3 hari lepas..
rasanyer cukuplah setakat ini luahan hati aku..jumpa lagi..
salam..
SaiF'4eveR
09 March 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment