twitter

Ini mak aku yang cerita...
Masa mak aku sedang sarat mengandungkan aku, ayah aku telah diarahkan untuk bertugas di Sarawak selama lebih kurang 2 bulan lamanyer..disebabkan tiada siapa yang nak menjaga mak aku, akhirnya mak aku dihantar balik ke Ipoh iaitu rumah nenek aku..
Nak dijadikan cerita, pada subuh 1 Mac 1985, mak aku mula berasa sakit..itulah petanda 'Baby' yang mak aku kandungkan itu, sudah mula tidak sabar untuk melihat dunia.. disebabkan teramat sakit, mak aku tak sempat dibawa ke hospital oleh atok aku dan akhirnya bidan kampung yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Su (dah arwah pun) telah dipanggil untuk menyambut kelahiran aku..terima kasih Tok Su..setelah bersusah payah menanggung sakit akhirnya lahirlah 'Baby' kedua dalam keluarga En. Abd Ghani dan Pn. Faridah..
Sesudah kelahiran aku, mak telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan aku pula telah di azankan oleh atok aku..sejak dari detik itu, aku telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ayah, mak dan kakak aku walaupun ketika itu dia masih belum mengerti apa2 lagi makna 'adik'..terima kasih tidak terhingga dari aku..
Ini mak aku yang cerita...
Masa kecik, aku duduk di KL..mula2 di rumah setinggan Batu 5..ketika itu, aku telah diasuh oleh mak cik Normah..ayah dan mak aku telah meminta mak cik Normah untuk menjaga aku tatkala mereka keluar bekerja..yang lucunyer, masa kecik aku ni 'cengeng' sikit..kuat menangis..hehehehe..pernah 1 hari tu, mak cik Normah hendak pergi menyidai baju di luar rumah, aku punya nangis sakan sebab kene tinggal..sedangkan jarak antara ampaian baju dengan pintu rumah taklah jauh mana..cuma beberapa langkah je..tapi aku nangis macam nak runtuh rumah..hahahahaha..lagi 1, masa kecik aku ni takot air..boleh dikatakan setiap kali nak mandi aku mesti nangis..huhuhuhuhu...sejuk kot..ahakzahakzahakz..hampir setahun lebih aku diasuh oleh mak cik Normah dan selepas itu, family aku pun berpindah ke Balai Polis Jinjang..dan masa di sana aku dijaga pulak oleh mak cik Nor Nek dan beberapa orang pengasuh yang mak aku sendiri pun dah lupa nama mereka..kalau mak aku lupa, aku apa lagi..mana nak ingat..hehehehehe..
Ini mak aku yang cerita...
Masa aku kecik, badan aku agak berisi..setiap hari 'tonggang' milo dalam botol susu..mana tak berisi..kwahkwahkwah..malunyer bila aku tengok picture aku masa kecik..siap posing maut dengan botol susu..tapi yang peliknyer bila dah meningkat besar ni, badan aku jadi macam papan lapis..hahahahahaha..mungkin sebab aku ni jenis yang aktif kot..bukan kot pun tapi memang aktif pun..tambah masa sekolah rendah..aktif giler..hehehehehehe..
Kalau tadi cerita dari mak aku dan sekarang ni cerita dari aku pulak...
Aku rasa kehidupan kanak2 aku sama macam orang lain jugak..hepi je, tiada masalah..yela dah namanyer kanak2 bukan tau apa2 pun tentang liku2 hidup di dunia ni..huhuhuhu
Aku mungkin sedikit beruntung sebab keadaan family aku tak lah sesusah mana..hidup sederhana..tak susah, tak kaya..tapi cukup makan, pakai..mungkin disebabkan ini jugak aku tidak pernah merasai kehidupan yang benar2 susah..tapi itu tidak bermakna aku tidak petah untuk hidup susah..walaupun tak pernah mengalaminyer sendiri namun aku seakan dapat merasainyer bagaimana orang yang susah hidup dalam kepayahan..hati dan jiwa aku seakan mengerti keadaan itu..
Sejak meningkat dewasa ini, aku seakan merasakan ada perubahan yang membuatkan diri aku tak selesa dengan kehidupan ini..aku semacam menyusahkan family aku..aku tak berupaya untuk memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada family aku..aku tak mampu untuk membalas jasa2 orang tua aku..hingga ke saat aku menaip entry ni, aku belum lagi berpeluang meringankan beban mereka..itu yang aku kesali..amat kesali..aku bimbang jika aku tidak sempat untuk melaksanakan tanggungjawab aku sebagai anak, adik dan juga abang dalam keluarga ini..jika benar terjadi, aku akan menanggung rasa bersalah yang teramat sangat selama aku hidup..dan penyesalan yang tiada akhirnyer..
Namun begitu, aku tetap juga akan berusaha untuk menghadirkan kebahagiaan, kegembiraan dan kesenangan dalam family aku ni..aku akan balas semua jasa2 family aku selagi aku termampu..itu janji aku..semoga ALLAH swt memakbulkan doa dan harapan aku itu..amin..
Ini cerita aku pulak...
Errrmm...aku ni jenis yang...
Ish..dah banyak aku berceloteh ni..rasanyer cukuplah setakat ini..kalau cerita semua baik tak payah ada Blog..tulis je dalam biografi..hehehehehehe
Oklah, itu saje untuk kali ini..kalau nak mengetahui lebih lanjut tentang diri aku, rajin2 la baca Blog aku ni..Insayallah, sikit demi sikit, korang semua pasti akan dpat mengenali diri aku dengan lebih dekat..
Nway, Tq sebab sudi meluangkan masa untuk membaca Blog aku ni..jumpa lagi untuk entry yang akan datang...bye..
Ikhlas...
SaiF'4eveR
09 February 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment