twitter

halllooooo... aku off day hari ni.tak tahu nak buat apa duk kat rumah. bosan jugak kalau tak keje ni.mati kutu. nak keluar pun duit tak mandang. tahan la jugak duk kat rumah. pagi ni aku saje buang masa buka inbox email aku yang dah lama aku tak update. tiap2 hari bukak baca email tapi tak tau nak update inbox email aku tu. baru aku perasan dah beratus mail aku tak delete. sampai naik juling mata aku tengoknyer..heheheheheheeh..
dah tak da keje nak buat, aku apa lagi cari lah keje. niat hati hari ni nak kosongkan inbox email aku. satu per satu aku delete tapi sbelum aku delete, aku buka & baca dulu email2 tu. mana tau kot2 ada email penting. kalau dah terdelete susah pulak nak dapat balik..huhuhuhu..dalam duk mendelete email, ada 1 email yang buat aku sayang nak buang. special betol email ni pada aku walaupun sebenarnyer email tu tidak membawa kegembiraan pada aku..huhuhuhuhu..untuk entry kali ini aku share dengan korang semua email yang aku dapat dari seseorang yang aku anggap istimewa di hati ini...ini emailnyer & aku harap penjelasan ini dapat membantu korang dalam mencari erti suka, sayang & cinta yang sebenar...

suka,sayang dan cinta itu berbeza..

suka:kita boleh suka sesiapa sahaja.suka pada sikapnya,suka pada peribadinya dan suka ciri dalaman dan luarnya atau apa sj..

sayang:kita juga boleh sayang sesiapa sahaja.sayang pada rakan/kawan kita,sayang pada keluarga ,sayang kepada pasangan hidup kita.

cinta:cinta hanya satu.cinta hanya untuk seorang lelaki atau seorang perempuan yang kita anggap istimewa dalam hidup..dari hati ke hati..


adakah kita "suka","sayang" atau "cinta" pada pasangan kita ??....pernahkah kita tanya pd diri & perasaan kita yg sebenar-benarnya ?..

itulah luahan kata2 dia dalam email yang dikirimkan pada aku tidak lama dulu..bila direnungkan kembali, ayat2 itu ada kebenarannyer. suka, sayang & cinta boleh jadi 3 perkara yang berbeza walaupun tergolong di dalam konteks yang sama iaitu perasaan..mungkin adakalanya kita terkeliru dengan perasaan kita sendiri sehingga menganggap cinta itu adalah sayang, sayang itu adalah suka & suka itu adalah cinta..tapi hakikatnyer tidak..
anda bagaimana pulak???
tepuk dada tanya selera...
*pada pengirim email tu, terima kasih. walaupun kita tidak bersama, aku tetap hargai hubungan kita. terima kasih juga kerana terima diri ini, menyokong, setia di dalam susah & senang ketika menuntut bersama2..terima kasih tak terhingga..aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk dirimu..semoga kau berbahagia & gembira..
SaiF'4eveR
24 February 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment