twitter

Salam mesra dari aku untuk semua.
Hari ini bermulanya catatan hidup aku di dalam Blog ini.. ibarat permulaan dan perubahan baru dalam hidup aku. Dah lama aku simpan niat untuk mempunyai Blog sediri tapi malangnyer di sebabkan aku terlalu sibuk dengan belajar maka terkubur la niat aku tu untuk sementara waktu.. tetapi kini aku tidak lagi sesibuk dulu. Aku sudah pun menamatkan pengajian aku dan kini sedang menghitung hari untuk meraikannya..dan di sebabkan ini lah juga, aku mempunyai masa senggang untuk melaksanakan niat aku yang dah lama terpendam tu…actually,dah berhabuk pun…siap ada sarang spider…hehehehehehe
Ermm..mesti ramai yang tertanya-tanya apa motifnyer aku memiliki Blog ni…sebenarnyer tak ada apa-apa tujuan pun melainkan sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman hidup aku. Ala, ibarat macam diari la..kalau dulu org tulis dalam buku, then sorok bawah bantal tidur…kononnyer private and confidential la..tapi sekarang dunia dah maju, teknologi semakin berkembang..tak ada lagi istilah sorok-sorok ni melainkan betul-betul private dan benar-benar confidential…itu ye aku tak boleh nak kongsi dengan korang semua…hehehehehehehe…jangan mare..!!..
Blog ni aku rasmikan hari ini bersempena dengan ulangtahun kelahiran mak aku..Puan Faridah.. ( 8 Februari ) diharapkan Blog yang dihasilkan ni akan memberikan kebaikan bukan saje kepada aku tetapi juga kepada korang semua..insyallah…
opps..!!..lupa plak nak wish…
Mak “SELAMAT ULANG TAHUN”…SEMOGA PANJANG UMUR, DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK, BAHAGIA SENTIASA…SAYANG MAK SELALU…muuaah pipi kanan,muuaah pipi kiri…
Nape aku namakan Blog aku ni ‘ 3D SaiF’s ‘ …??..tu singkatannyer yang panjangnyer ‘ DARI DALAM DIRI SAIF ‘..jawapan aku simple je…apa yang aku tulis dalam Blog ni adalah berkenaan perjalanan hidup aku dari dulu dan kini serta luahan rasa isi hati dan juga perasaan aku yang ingin aku kongsikan bersama-sama dengan korang semua..itu je…semoga setiap bait kata yang bakal aku coretkan nanti akan menjadi iktibar atau ilham kepada korang semua..Insyallah…

Ok la sebagai permulaan aku akan meng’introduce’ diri aku…setiap perhubungan yang baru mesti dimulakan dengan pengenalan diri ye tak??..kalau tak macamne nak mesra…hehehehehe
so aku akan perkenalkan diri aku serba sikit supaya korang semua kenal siapa aku…
Tapi sebelum tu kita beri laluan dulu pada iklan…hahahahahahaha

Ikhlas…
SaiF’4eveR
09 February 2009 | 0 KoMeN |

0 KoMeN:

Post a Comment